KUALA PILAH: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan memasang 16 kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi tumpuan laluan awam di negeri ini menerusi Operasi Pemantauan Larangan Membuang Sampah Merata-rata sempena Aidilfitri ini.
Pengarahnya Hazahar Hashim berkata usaha itu adalah hasil kerjasama antara SWM Environment Sdn Bhd dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar menggunakan jalan raya dengan berhemah tanpa melakukan pembuangan sampah merata-rata sehingga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
"Pemasangan CCTV ini turut fokus di persimpangan lampu isyarat, contohnya jika kesalahan membuang putung rokok dari kenderaan dapat dikesan, ia akan diserahkan kepada PBT. Masyarakat perlu sedar tindakan membuang sampah seperti botol, kertas dan sebagainya boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
"Pengguna jalan raya lain boleh membantu pihak SWCorp, SWM atau PBT dengan menyalurkan bukti seperti video dan gambar yang memaparkan individu tidak bertanggungjawab membuang sampah dari kenderaan mereka," katanya kepada pemberita dalam persidangan media di Ulu Bendul, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri J. Arul Kumar dan Pengurus Besar SWM, Mohd Norlisam Mohd Nordin.
Hazahar berkata SWCorp juga akan menggunakan dron di lokasi tertentu bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan membuang sampah merata-rata.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024

Pengguna jalan raya lain boleh membantu pihak SWCorp, SWM atau PBT dengan menyalurkan bukti seperti video dan gambar yang memaparkan individu tidak bertanggungjawab membuang sampah dari kenderaan mereka. - Gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata anggaran sisa dibersihkan 1,500 tan dengan melibatkan kos berjumlah RM412,000.

SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.

Sisa pepejal di Pahang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri
Jangkaan tersebut adalah berdasarkan analisis data tahun sebelumnya.

Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan
Bagi mencapai hasrat itu, pihaknya akan bekerjasama dengan MARDI dan SWCorp Johor.

Sisa makanan bazar Ramadan di N Sembilan dijangka meningkat 15 peratus
Peningkatan dijangka berlaku kerana penambahan lokasi dan peniaga di Bazar Ramadan di Negeri Sembilan berbanding tahun sebelum ini.

KPKT sasar 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di selu

Individu tular buang sampah tepi jalan sudah dipanggil - SWCorp
Video berdurasi 17 saat itu turut dikongsi di beberapa portal dan menarik perhatian ramai termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kadar kitar semula Malaysia meningkat kepada 33.17 peratus pada 2022
Kadar kitar semula kebangsaan pada tahun 2022 meningkat sebanyak 33.17 peratus dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.626 juta tan.

Tahap kesedaran terhadap pengurusan sisa pepejal masih rendah - SWCorp
38,000 tan sisa domestik dan 17,000 tan sisa makanan dihasilkan rakyat Malaysia setiap hari ketika ini.

Aidilfitri: SWCorp N. Sembilan lupus lebih 6,000 tan sisa pepejal
Jumlah itu mengalami penurunan berbanding ketika perayaan Aidilfitri dalam tempoh sama tahun lepas.