KUALA LUMPUR: Sweden berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia sejajar potensi pertumbuhan serta pakatan dalam amalan lestari bagi memacu inisiatif mampan selain memupuk peralihan yang lebih hijau atau mesra alam.
Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom berkata, syarikat Sweden di Malaysia kini aktif mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan tempatan bagi memacu agenda mampan dengan menumpukan sektor seperti pembuatan atau pengeluaran hijau, pengangkutan, mobiliti dan peralihan tenaga.
"Saya berpendapat kita akan menyaksikan potensi pertumbuhan bagi peningkatan perdagangan dalam aspek peralihan tenaga dengan syarikat yang berupaya membekalkan penyimpanan serta penghantaran seperti biobahan api dan tenaga daripada sisa.
"Malah, dalam banyak aspek, Sweden dan Malaysia berfikiran sama. Kedua-duanya adalah negara kecil dengan sejarah serta tradisi panjang dalam perdagangan selain bersifat berkecuali," katanya kepada Bernama.
Bergstrom juga menyifatkan penglibatan kedua-dua negara juga memberi fokus terhadap langkah membangunkan usaha bersama memerangi perubahan iklim dan menggalakkan amalan kelestarian.
"Ini termasuk 'Pioneer the Possible' yang berperanan sebagai platform bagi memudah cara kerjasama serta meningkatkan kesedaran mengenai matlamat mampan," katanya.
Mengulas selanjutnya, Pesuruhjaya Perdagangan Sweden ke Malaysia, Emma Broms berkata, platform yang dilancarkan pada 2023 itu menyasarkan untuk meningkatkan peralihan kepada tenaga hijau di Malaysia menerusi kerjasama antara syarikat-syarikat Sweden seperti Volvo Trucks dan Atlas Copco selain pihak berkepentingan tempatan.
"Kita telah memeterai memorandum persefahaman dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan Business Sweden selain bekerjasama dengan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), pihak berkepentingan lain di peringkat tempatan dan kementerian-kementerian berkaitan bagi program ini," katanya.
Broms turut mengetengahkan kewujudan lebih daripada 80 syarikat Sweden yang beroperasi di Malaysia dengan hampir 9,000 pekerja dan bekerjasama dengan rakan tempatan bagi meningkatkan akses terhadap tenaga hijau.
Beliau turut menekankan potensi Malaysia untuk muncul sebagai rakan penting dalam hubungan perdagangan dua hala dan pengukuhan ekonomi Asean-Kesatuan Eropah (EU).
"Pendigitalan merupakan salah satu bidang yang kita lihat banyak mencatat kemajuan bagi pembangunan masa depan. Ericsson sedang melaksanakan rangkaian teknologi 5G di Malaysia yang turut membuka jalan bagi syarikat lain menyediakan penyelesaian (berkaitan)," katanya.
Menyentuh aspek keselamatan siber, beliau berkata, Sweden boleh menawarkan banyak perkara dalam bidang itu yang semakin penting.
"Kita juga melihat banyak perkembangan dalam bidang penjagaan kesihatan berikutan terdapat banyak permintaan terhadap peranti perubatan serta penyelesaian kesihatan elektronik digital," katanya.
Selain itu, satu kemudahan pengeluaran baharu bagi kenderaan perlombongan berkuasa elektrik, sedang dibangunkan oleh syarikat Sweden, Sandvik di kawasan perniagaan Sendayan TechValley yang terletak berhampiran Seremban, Negeri Sembilan.
"Banyak kemajuan yang sedang dicatatkan, termasuk pelaburan Sweden ke Malaysia yang berjumlah sehingga setengah bilion dolar Amerika Syarikat. Malah, Malaysia adalah antara penerima pelaburan terbesar Sweden," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
![Sweden minat jalin kerjasama hijau dengan Malaysia bagi pertumbuhan mampan - Duta besar Sweden minat jalin kerjasama hijau dengan Malaysia bagi pertumbuhan mampan - Duta besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710233807_tbJoachimBergstrom.jpg)
Bergstrom (kanan) dan Broms pada temu bual di Perpustakaan Digital, Wisma Bernama pada Selasa. - Gambar Bernama
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
![11 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden 11 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738729204_APTOPIXSwedenShoot.jpg)
11 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Orebro, Sweden.
![Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731829301_PalestineFlag.jpg)
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
![Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730430363_NiklasWiberg.jpg)
Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
![Anggota Abba Bjorn Ulvaeus kahwini pasangan Anggota Abba Bjorn Ulvaeus kahwini pasangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727063065_BjrnUlvaeus.jpg)
Anggota Abba Bjorn Ulvaeus kahwini pasangan
Anggota kumpulan Abba Bjorn Ulvaeus telah berkahwin dengan pasangannya Christina Sas dalam satu majlis yang dikendalikan oleh hos program "QI," Sandi Toksvig, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Olimpik Paris 2024: Sweden raih emas bola tampar pantai Olimpik Paris 2024: Sweden raih emas bola tampar pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723341192_beachvolleyball.jpg)
Olimpik Paris 2024: Sweden raih emas bola tampar pantai
Sweden tidak menghadapi banyak masalah dalam kemenangan 21-10, 21-13 ke atas Jerman.
![Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715487482_tbGretaThunberg.jpg)
Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.
![Sweden minat jalin kerjasama hijau dengan Malaysia bagi pertumbuhan mampan - Duta besar Sweden minat jalin kerjasama hijau dengan Malaysia bagi pertumbuhan mampan - Duta besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710233807_tbJoachimBergstrom.jpg)
Sweden minat jalin kerjasama hijau dengan Malaysia bagi pertumbuhan mampan - Duta besar
Sweden berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia sejajar potensi pertumbuhan serta pakatan dalam amalan lestari bagi inisiatif mampan.
![Sweden sah diterima NATO Sweden sah diterima NATO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672587056_UlfKristersson.jpg)
Sweden sah diterima NATO
Bendera biru dan kuning emas Sweden dijangka dinaikkan pada Isnin di ibu pejabat Perikatan Perjanjian Atlantik Utara di Brussels, Belgium.
![Sweden catat cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun Sweden catat cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705486267_RussiaExtremecold.jpg)
Sweden catat cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun
Sweden mengalami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun selepas sebuah kampung di utara negara itu mencatatkan suhu paling rendah.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.