KULAI: Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow mengesahkan satu keluarga berketurunan Tionghoa telah hadir ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai pada Isnin kerana mengesyaki seorang lagi mangsa yang turut rentung dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini Sabtu lalu, sebagai ahli keluarga mereka.
Menurut Beng Yeow, keluarga berkenaan bagaimanapun tidak dapat mengecam mayat tersebut dan perlu menunggu hasil ujian pemadanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
"Satu keluarga telah hadir ke rumah mayat untuk buat pengecaman atas mayat tetapi tidak dapat cam.
"Pihak hospital telah mengambil darah ahli keluarga untuk buat (pemadanan) DNA dan laporannya hanya akan keluar (diketahui) dalam tempoh dua minggu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Sabtu lalu, dua mangsa rentung apabila kenderaan yang dinaiki terbakar dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah lori dan tiga kereta di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini.
Salah seorang mangsa dikenal pasti sebagai Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, manakala identiti seorang lagi mangsa masih belum diketahui.
Kemalangan berkenaan turut tular di media sosial selepas sebuah video menunjukkan sebuah kereta marak terbakar dengan suara seorang lelaki meraung memaklumkan isterinya berada di dalam salah sebuah kenderaan yang sedang terbakar.
Siasatan awal mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila pemandu lori dari arah Ayer Hitam ke Johor Bahru memandu di lorong kiri jalan telah dilanggar dari belakang oleh pemandu kereta jenis Proton Preve.
Pada masa sama, pemandu kereta jenis Proton Wira (yang dinaiki Nurul Nazihah), telah melanggar belakang Proton Preve manakala pemandu sebuah lagi kereta (jenis tidak pasti) telah melanggar bahagian belakang Proton Wira berkenaan.
Sebuah lori kemudiannya telah merempuh Proton Wira berkenaan termasuk sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti (dinaiki seorang lagi mangsa) menyebabkan kenderaan tersebut terbakar.
Sementara itu, Beng Yeow memberitahu, keadaan kereta yang terbakar sepenuhnya itu tidak dapat dikenal pasti.
"Pihak berkuasa masih berusaha mengesan nombor casis dan nombor enjin kenderaan keempat itu," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 18 2022

Kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan yang mengorbankan dua nyawa pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Isteri hidap dementia tak sedar suami rentung di halaman rumah
Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di halaman sebuah rumah bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Kangar.

Mayat lelaki ditemui rentung dalam kebun kelapa sawit
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui rentung di dalam kawasan kebun kelapa sawit di Bukit Karung, Semeling di sini pada Jumaat.

Syak mayat rentung ahli keluarga
Keluarga berkenaan bagaimanapun tidak dapat mengecam mayat tersebut dan perlu menunggu hasil ujian pemadanan DNA yang dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Kebakaran Sandakan: Identiti seorang daripada tiga mangsa rentung dikenal pasti - Polis
Identiti seorang daripada tiga mangsa rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, berjaya dikenal pasti.

Identiti pemandu BMW rentung dikenal pasti
mangsa dapat dikenal pasti dan disahkan selepas abang mangsa yang berusia 45 tahun melakukan ujian DNA.

Selepas tiga hari, identiti tiga mangsa rentung dalam kemalangan belum dikenal pasti
Pengecaman tidak dapat dipastikan berikutan tiada ciri-ciri pengenalan khas pada kesemua mangsa.

Naluri anak yakin mayat terbakar adalah jasad ibu
Beliau tidak menyangka kematian ibunya berlaku secara tragis, namun tetap reda dan berharap individu yang melakukan perbuatan kejam itu mendapat hukuman setimpal.

Polis kenal pasti identiti mayat ditemui rentung terbakar tepi jalan
Polis mengesahkan mayat dengan kesan terbakar keseluruhan badan yang ditemukan di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh di sini 17 April lepas, adalah seorang wanita y

Mayat ditemui rentung di tepi jalan dipercayai wanita
Polis percaya mayat tanpa identiti yang ditemui rentung di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Nerus dekat sini, pada Sabtu lalu adalah seorang wanita.

Kes mayat rentung dalam kenderaan disiasat sebagai kes bunuh - Polis
Polis berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.