PUTRAJAYA: Pendatang tanpa izin yang telah diberikan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam Program Rehiring dan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) tetapi telah tamat tempoh, dibenarkan menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).
Ia adalah antara kelonggaran syarat dalam program RTK yang dipersetujui susulan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing pada 26 Okt lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan semalam berkata syarat kelayakan umur pendatang tanpa izin semasa permohonan dikemukakan telah dinaikkan daripada 18 tahun hingga 45 tahun, kepada 18 tahun hingga 49 tahun.
"Kelonggaran turut melibatkan syarat kelayakan pendatang tanpa izin diperluaskan kepada pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang yang telah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan itu.
Menurut beliau kelulusan kuota sebanyak 70 peratus akan diberi secara terus daripada jumlah permohonan yang melepasi saringan verifikasi di bahagian penguat kuasa, manakala baki 30 peratus tertakluk kepada keputusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Kementerian Sumber Manusia.
"Kebenaran kepada majikan di dalam sektor pembinaan, pertanian, perkilangan, perladangan dan perkhidmatan seperti subsektor restoran, kargo, borong dan runcit serta pembersihan dan pencucian telah diperluaskan kepada sektor-sektor lain kecuali kepada sektor yang dibekukan," katanya.
Khairul Dzaimee berkata sebanyak 14,788 majikan dan 255,909 pendatang asing telah mendaftar dalam program RTK di bawah beberapa sektor utama pekerjaan yang dibenarkan oleh kerajaan seperti pembinaan, perladangan, perkilangan, pertanian, perlombongan dan pengkuarian, sejak ia bermula pada 16 Nov 2020 hingga 16 Nov lepas.
Menurutnya Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau ejen untuk menguruskan RTK dan semua majikan diingatkan supaya berurusan terus dengan pihak jabatan tanpa melalui pihak ketiga atau ejen bagi mengelakkan ditipu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021

Khairul Dzaimee berkata syarat kelayakan umur pendatang tanpa izin semasa permohonan dikemukakan telah dinaikkan daripada 18 tahun hingga 45 tahun, kepada 18 tahun hingga 49 tahun. - Gambar fail
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

KESUMA laksana kajian semakan semula, pindaan Akta 4 dan Akta 800
Katanya, inisiatif untuk melaksanakan kajian ke atas Akta 4 dan Akta 800 adalah selari dengan hasrat KESUMA untuk memperkasa perlindungan sosial.

KP BHEUU buat laporan polis terhadap penuntut mendakwa waris Kesultanan Sulu
Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi US$32 bilion.

Sesi libat urus beri ruang terangkan isu tuntutan kumpulan dakwa waris Sulu - BHEUU
Ia juga peluang kepada pimpinan dan rakyat Sabah untuk beri input dan cadangan bagi memperkasa tindakan yang sedang dan akan diambil.

Kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan Jumaat lepas
Kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai.

Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah BHEUU berkuat kuasa hari ini
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Khairul Dzaimee ditukar, Ruslin kini KP Imigresen
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud sah ditukarkan ke sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini.

Empat pegawai imigresen ditahan disyaki terlibat seludup migran
Pegawai berkenaan bersuhabat menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing itu bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi.

Kedutaan negara asing tidak punya kuasa keluarkan pas lawatan sementara - JIM
Khairul Dzaimee berkata, pengeluaran visa dan pas kepada warga asing untuk tinggal dan bekerja di sini hanya boleh dikeluarkan oleh JIM.

Pastikan keselamatan, kedaulatan negara tidak terancam - KP Imigresen
Kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa.

JIM aktifkan QRT atasi kesesakan di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen (JIM) mewujudkan Quick Response Team (QRT) sebagai langkah proaktif menangani kesesakan di pintu masuk negara terutamanya di KLIA.