PUTRAJAYA: Mana-mana syarikat yang membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menyediakan pekerjaan dicadangkan dikompaun sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mengemukakan cadangan itu dalam Mesyuarat Kabinet semalam berkata ini kerana isu berkenaan memberi impak terhadap semua sektor termasuk perladangan yang menghadapi masalah kekurangan sumber tenaga kerja.
Dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Kementerian Perladangan dan Komoditi di sini hari ini, Johari berkata jumlah kompaun yang dicadangkan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan selain bagi menampung kos penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal, yang sebelum ini ditanggung kerajaan.
"Kita kena pastikan syarikat ini didenda, barulah mereka tidak berani untuk bawa masuk pekerja asing kalau gagal sediakan pekerjaan. Ia memberi imej tidak baik kepada negara," katanya.
Johari berkata beliau turut terpanggil untuk menyuarakan cadangan itu susulan laporan media pada 25 Dis lepas mengenai penahanan oleh polis sekumpulan 171 lelaki warga asing yang berjalan kaki beramai-ramai di Pengerang, Johor yang mahu ke Balai Polis Bayu Damai untuk membuat laporan polis kerana ejen pekerjaan tidak memberikan mereka pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Johari (foto) berkata jumlah kompaun yang dicadangkan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan selain bagi menampung kos penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal, yang sebelum ini ditanggung kerajaan. -Bernama
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).