IPOH: Sebuah syarikat pemborong minyak masak didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan setelah didapati bersalah apabila gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan, dan mengemukakan maklumat palsu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata syarikat itu mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan selepas dikesan melakukan kesalahan itu ketika Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) pada 5 Julai tahun lepas.
Beliau berkata dalam serbuan penguat kuasa KPDN Tapah di premis syarikat itu di Jalan Perdana 7, Pusat Perniagaan Slim Perdana dekat Slim River, syarikat itu didapati gagal menyelenggara buku stok barang kawalan dengan sempurna.
"Siasatan juga mendapati premis itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengemukakan maklumat palsu berhubung dokumen atau invois penjualan minyak masak yang diserahkan kepada penguatkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamalludin seterusnya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyelewengan barang kawalan supaya melaporkan kegiatan ini melalui saluran KPDN iaitu melalui whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000, portal aduan e-aduan.kpdn.gov.my atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN termasuk menghantar emel ke [email protected] serta talian 1-800-886-800.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
![Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Syarikat itu mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan selepas dikesan melakukan kesalahan itu ketika Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) pada 5 Julai tahun lepas. - Gambar hiasan
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Bantuan ke Gaza: Misi ketujuh ke Gaza dari Singapura berlepas hari ini
Sejak bermulanya konflik pada Oktober 2023, Singapura telah menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bernilai lebih S$19 juta (AS$14 juta).
Sanggup mati enggan serah bumi Gaza
Penduduk Gaza dengan tegas menolak rancangan Donald Trump untuk menempatkan semula mereka di luar wilayah itu.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi Komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura Secured Technologies (Sapura) dan syarikat berpangkalan di Turkiye, Aselsan A.S. (Aselsan) telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
Sapura dalam satu kenyataan media berkata, kerjasama penting itu dijangka memacu inovasi teknologi dan kerjasama ekonomi dalam sektor pertahanan dan keselamatan awam.
Sapura dalam satu kenyataan media berkata, kerjasama penting itu dijangka memacu inovasi teknologi dan kerjasama ekonomi dalam sektor pertahanan dan keselamatan awam.
![Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak
Syarikat itu mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan selepas dikesan melakukan kesalahan itu ketika Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) pada 5 Julai tahun lepas.