KUALA LUMPUR: Syarikat pengisar makanan berkaitan bekalan ayam yang dikesan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Jumaat lalu dijangka berdepan impak dari segi kewangan sekiranya mereka didapati bersalah melanggar akta tersebut yang juga dikenali sebagai perjanjian kartel.
Melalui perjanjian terbabit, kelima-lima syarikat itu dikesan menaikkan kuantum harga makanan ternakan ayam di negara ini antara 2020 hingga pertengahan 2022.
Kelima-lima syarikat itu ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd; FFM Berhad; Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd; Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd.
Menurut MIDF Research, berdasarkan seksyen 40(1) akta tersebut, jika MyCC telah menentukan bahawa seksyen 4 telah dilanggar selepas perbicaraan, suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi 10% daripada hasil kilang makanan kumpulan untuk tempoh yang berkaitan.
Firma itu berkata, dalam situasi keadaan kewangan terburuk, penalti kewangan yang dikenakan antara RM74.4 juta hingga RM744.4 juta berdasarkan penalti kewangan terhadap Leong Hup International Bhd. (anak syarikatnya, Leong Hup Feedmill Malaysia) antara 1 hingga 10% sejak awal 2020 hingga pertengahan 2022.
"Penalti kewangan ini akan mengheret turun hasil Leong Hup International bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) antara 0.9 hingga 9% manakala pendapatan bersih pula susut 63 hingga 633%," katanya dalam nota kajian hari ini.
Bagaimanapun, ia mengekalkan saranan 'neutral' terhadap Leong Hup International dengan harga sasaran pada 47 sen buat masa ini susulan penemuan MyCC itu masih di peringkat awal dan arahan yang dicadangkan masih belum diputuskan.
"Namun, kami menyedari pemampatan margin akan berterusan dalam tempoh terdekat berikutan harga bahan mentah yang tinggi dan juga kawalan harga ayam dan telur di Malaysia," jelasnya.
Sementara itu, Malayan Flour Mills Bhd. dijangka berdepan penalti kewangan sehingga 10% kepada hasil syarikat susulan anak syarikatnya, Dindings Poultry Development Centre juga dikesan melanggar akta tersebut.
Menurut AmInvestment Bank Research, berdasarkan pegangan Malayan Floir Mills sebanyak 51% dalam syarikat usaha sama itu, ia akan menyaksikan aliran keluar tunai sebanyak RM80.4 juta.
"Ini akan menghakis anggaran untung bersih kumpulan sebanyak RM84.7 juta bagi FY22. Tetapi, dengan hanya sekali sahaja penalti, jika ada, untung bersihnya akan kembali pulih pada FY23," katanya.
Oleh itu, ia mengekalkan saranan 'beli' terhadap Malayan Flour Mills dengan nilai wajar berubah pada RM1.
"Walaupun terdapat risiko penalti kewangan, tetapi kami mengekalkan saranan kami, kerana tidak termasuk penalti kewangan, jika ada, kami percaya bahawa unit ternakan akan kembali mencatat untung pada FY22," katanya.
Bagi PPB Group pula, AmInvestment berkata, anak syarikat pegangan 80% miliknya, FFM turut dikesan melanggar Akta Persaingan 2010.
Firma itu masih mengekalkan saranan 'beli' terhadap PPB tetapi menyemak turun harga sasarannya kepada RM19.30 berbanding RM19.90 sebelum ini dangan penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) juga diturunkan kepada 3 bintang susulan dakwaan terlibat dalam perjanjian kartel ayam.
Menurutnya, susulan 10% penalti dikenakan terhadap hasil pengilangan makanan ternakan, dijangka penalti dikenakan sebanyak RM34.1 juta.
"Anggaran ini mengambil kira pengilangan makanan ayam merangkumi 5% daripada perniagaan tani dan bijirin kumpulan yang menyumbang hasil sebanyak RM6.8 bilion bagi FY20 dan FY21. Penalti ini akan mengurangkan untung bersih PPB sebanyak 2.3% bagi FY22.
"Jika sebaliknya, kami mengandaikan bahawa penalti 10% adalah pada keseluruhan bahagian bijirin dan perniagaan tani sebanyak RM3.1 bilion pada FY20 dan RM3.7 bilion pada FY21, penalti adalah kira-kira RM682.5 juta. Ini akan mengurangkan keuntungan bersih FY22 sebanyak 45.6%," jelasnya.
Namun, firma itu mendapati pengilangan makanan ternakan hanyalah sebahagian kecil daripada perniagaan PPB memandangkan segmen itu mempunyai aktiviti pengilangan tepung, pengilangan makanan ternakan dan penternakan.
"Kami berpendapat, sekiranya penalti itu kenakan, ia hanya sekali sahaja dan untung bersih PBB dijangka kembali pulih pada FY23 disokong oleh hasil yang lebih tinggi menerusi semua segmen perniagaannya," katanya.
Setakat 10.26 pagi ini, harga saham Leong Hup International kekal tidak berubah pda 52 sen manakala Malayan Flour Mills menokok 1.5 sen atau 2.46% kepada 62.5 sen, sebaliknya PPB susut 14 sen atau 0.85% kepada RM16.40 sesaham. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Aug 08 2022
Pemampatan margin akan berterusan dalam tempoh terdekat berikutan harga bahan mentah yang tinggi dan juga kawalan harga ayam dan telur di Malaysia. - Gambar hiasan/DagangNews
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.
Lebih 800kg dadah bernilai RM118 juta dirampas - JSJN Bukit Aman
Polis membongkar kegiatan pemprosesan dadah disyaki didalangi sindiket antarabangsa menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada 16 Januari lalu.
Myanmar digesa henti tindas rakyat, patuhi konsensus lima perkara
ASEAN menggesa Myanmar henti menindas rakyatnya sendiri dan memastikan krisis kemanusiaan di negara itu diselesaikan segera.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan junta tentera negara itu juga berupaya melaksanakan konsensus lima perkara yang telah dipersetujui sebelum ini, jika ia benar-benar ikhlas.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan junta tentera negara itu juga berupaya melaksanakan konsensus lima perkara yang telah dipersetujui sebelum ini, jika ia benar-benar ikhlas.
Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama
Malaysia menggesa platform ASEAN diguna pakai secara efektif oleh semua negara anggotanya untuk membendung krisis iklim.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Asia Tenggara merupakan antara rantau yang paling terdedah jika krisis tersebut terus memburuk.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Asia Tenggara merupakan antara rantau yang paling terdedah jika krisis tersebut terus memburuk.
Daerah Kuala Kangsar catat kes jenayah siber tertinggi - MCPF
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Perak memaklumkan daerah Kuala Kangsar mencatatkan jumlah jenayah siber paling tinggi di negeri ini berbanding daerah lain.
Gencatan senjata terunda hampir tiga jam gara-gara taktik Zionis
Gencatan senjata di Gaza tertunda hampir tiga jam selepas Israel bertegas akan memulakan proses itu jika Hamas mengeluarkan senarai nama tahanan.
AWANI Borneo [19/1/2025] – Hujan Berterusan | Tegas Menteri KPDN | Tenaga Hijau
Tumpuan AWANI Borneo 19 Jan 2025 bersama Assim Hassan
- Banjir di Paitan memburuk, dua lagi PPS dibuka
- Harga ayam : Jangan cakap sebarang, ada bukti laporkan kepada KPDN
- Grid kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga ASEAN
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Banjir di Paitan memburuk, dua lagi PPS dibuka
- Harga ayam : Jangan cakap sebarang, ada bukti laporkan kepada KPDN
- Grid kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga ASEAN
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Henti label Hamas pertubuhan pengganas dan penderhaka, yang jahat Israel - Prof Kamaruzzaman
Henti melabel kumpulan Hamas sebagai sebuah badan pengganas, radikal atau penderhaka.
Syarikat dikesan terlibat perjanjian kartel ayam dijangka berdepan impak kewangan jika penalti dikenakan
Kelima-lima syarikat itu dikesan menaikkan kuantum harga makanan ternakan ayam di negara ini antara 2020 hingga pertengahan 2022.