ALOR SETAR: Kumpulan Syarikat ECK (ECK) kini tidak lagi terlibat dengan projek pembangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).
Perkara itu disahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas ECK tidak dapat memenuhi syarat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak sebelum ini.
Tegas Muhammad Sanusi, penamatan usaha sama berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek penanaman durian jenis Musang King di Gunung Inas, Baling seperti didakwa pihak tertentu sebelum ini.
"Dia (ECK) tidak dapat penuhi banyak perkara, kalau saya simpulkan, dia tidak dapat memenuhi perjanjian yang ditandatangani, dia kena depositkan untuk pengambilan balik tanah, dia tidak dapat penuhi,.
"Nilai (itu) bukan RM28 juta (seperti dinyatakan sesetengah pihak), kos pengambilan balik tanah ini pada anggaran (adalah) RM2.1bilion, dia kena depositkan 125 peratus daripada RM2.1 bilion itu,
"Kita bukan hendak berhentikan projek itu, kita kena cari orang lain, sebab itu saya kata, saya jiwa merdeka, saya tidak ada hutang dengan siapa-siapa, saya nak lantik siapa, saya nak terminate siapa, saya punya assessment, saya boleh buat anytime, hang (syarikat mana-mana) tak comply, (boleh) terminate, panggil orang lain pula (untuk laksana)," tegas Menteri Besar Kedah itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kolaborasi Inisiatif Kulim Smart Parking antara Majlis Perbandaran Kulim dan Haitech Padu Bhd di Wisma Darul Aman di sini, pada Rabu.
Tambah beliau, setakat ini terdapat tujuh atau lapan syarikat yang menunjukkan minat untuk meneruskan projek KXP seperti dihasratkan kerajaan negeri.
Semalam, Sinar Harian melaporkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir mendakwa, ECK telah membeli syarikat Aman Mega Sdn. Bhd. yang kemudiannya dibenarkan untuk menanam Musang King ketika Kedah ditadbir Barisan Nasional (BN) pada era Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menjadi Menteri Besar.
Menurut Mukhriz, projek KXP dianugerahkan kepada ECK sebelum dibatalkan Sanusi berikutan ketidak mampuan syarikat berkenaan melaksanakan projek mega tersebut.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jul 13 2022

Kumpulan Syarikat ECK (ECK) kini tidak lagi terlibat dengan projek pembangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Syarikat ECK tidak lagi terlibat dengan projek KXP - MB Kedah
Penamatan ECK dalam usaha sama pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tiada kaitan dengan projek tanaman Durian King di Gunung Inas.