SHAH ALAM: Sebuah syarikat jualan langsung produk kesihatan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.
Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Volten Asiaemall Sdn Bhd yang diwakili pengarah, Ismail Che Ani selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
OKS membayar denda tersebut.
Syarikat itu didakwa telah menjalankan perniagaan jualan langsung dengan cara menjual produk kesihatan melalui laman sesawang www.asiaemall.com dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan faedah ekonomi tanpa lesen yang sah di sebuah premis di Seksyen 15 di sini pada 3.03 petang, 19 Januari lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(2)(a) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM1 juta dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya RM2 juta, jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, OKS yang diwakili peguam Jefri Jaafar memohon mahkamah mengenakan denda yang paling munasabah dengan alasan syarikat itu kini telah mempunyai lesen yang sah.
"Selepas pandemik COVID-19, kewangan syarikat tersebut agak terjejas, jika denda yang tinggi dikenakan ke atas syarikat ini, ia akan menjadi beban kepada syarikat. Syarikat ini juga memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan kes dijalankan," rayunya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang tinggi supaya syarikat tersebut tidak mengulangi kesilapan serupa.
"Penalti yang pernah dikenakan terhadap pesalah di bawah Akta Jualan Langsung 1993 tidak menampakkan keberkesanannya dalam usaha mendidik serta mengubah tingkah laku. Jumlahnya yang kecil membolehkan mereka membayarnya secara tunai dan kes diselesaikan di luar mahkamah.
"Namun setelah pembayaran dibuat, kesalahan sama diulang keesokan harinya, kerana pulangan yang diperolehi daripada penipuan tersebut adalah berlipat kali ganda jumlahnya. Oleh itu, peruntukan baru rang undang-undang ini telah menaikkan jumlah penalti dan penjara maksimum bagi semua kesalahan yang terdapat dalam akta ini sebagai tindakan pencegahan atau deterrent," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
![Syarikat jualan langsung tanpa lesen didenda RM100,000 Syarikat jualan langsung tanpa lesen didenda RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643118072_JUDGE.jpg)
Syarikat Volten Asiaemall Sdn Bhd didakwa telah menjalankan perniagaan jualan langsung dengan cara menjual produk kesihatan melalui laman sesawang www.asiaemall.com tanpa lesen yang sah di sebuah premis di Seksyen 15. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
![Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739252440_pemilikmanchesteru.jpg)
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
![Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000 Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738921742_Yogeshwaran.jpg)
Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.
![Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738500298_JPJNegeriPulauPin.jpg)
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
![Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499268_DonaldTrump.jpg)
Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.
![JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025 JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738114193_JPJsekatanjalanr.jpg)
JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.
![24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi 24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738053368_TBrafiziramli.jpg)
24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.
![JPJ Kedah kutip saman tertunggak kenderaan asing lebih RM100,000 JPJ Kedah kutip saman tertunggak kenderaan asing lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737950646_samanjpjkedahse.jpg)
JPJ Kedah kutip saman tertunggak kenderaan asing lebih RM100,000
Kutipan tertinggi direkodkan terhadap seorang pemandu dan pemilik van Thailand berusia 45 tahun.
![Op Tahun Baru Cina 2025: 17 bas ekspres tidak dibenarkan bawa penumpang Op Tahun Baru Cina 2025: 17 bas ekspres tidak dibenarkan bawa penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737772098_HameedMytheenKunju.jpg)
Op Tahun Baru Cina 2025: 17 bas ekspres tidak dibenarkan bawa penumpang
Setakat 23 Jan, 24 kes dikenal pasti tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan membabitkan bas ekspres daripada sembilan syarikat.