NIBONG TEBAL: Syarikat korporat digalak berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperluas pembelajaran dalam bidang digital yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) di peringkat sekolah.
Menteri berkenaan, Fadhlina Sidek berkata, penyertaan mereka sebagai rakan singergi berupaya membantu usaha KPM ke arah memperkasakan pendidikan masa depan selaras dasar dan hala tuju yang digariskan dalam Kurikulum Persekolahan 2027.
"Kita sudahpun meluncurkan dasar pendidikan digital berkonsepkan kelas masa depan yang memerlukan sedikit sebanyak pelaburan dan penyertaan daripada rakan-rakan yang berkepentingan.
"Justeru bagi menjayakan agenda pemerkasaan pendidikan digital ini, kita berharap lebih banyak syarikat korporat yang ada kepakaran dalam STEM dan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dapat memohon kepada KPM untuk menjadi rakan sinergi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Rintis dan Makmal STEAM di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Eng Sungai Udang, di sini, pada Sabtu.
Fadhlina berkata, inisiatif mewujudkan makmal bersifat interaktif itu juga adalah satu usaha baik dan antara perkara yang sedang diangkat oleh KPM dalam memastikan agenda pendidikan digital mencapai matlamatnya.
"Di samping itu, paling penting ialah kompetensi guru dan anak-anak dari segi kefasihan digital... guru yang terlibat akan diberikan kursus supaya pembelajaran berteraskan digital ini dapat disampaikan secara berkesan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023
Fadhlina berkata, penyertaan syarikat korporat sebagai rakan singergi berupaya membantu usaha KPM ke arah memperkasakan pendidikan masa depan selaras dasar dan hala tuju yang digariskan dalam Kurikulum Persekolahan 2027. - Gambar fail/BERNAMA
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
MyCEB, MACEOS meterai kerjasama strategik untuk transformasi MBEW 2024
Pencapaian besar untuk Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) Ke-9 2024, menggariskan komitmen bersama untuk kedua-dua penganjur mengangkat sektor acara perniagaan di Malaysia.
BNM sedang teliti pelbagai langkah untuk kestabilan ringgit - Timbalan Gabenor
Syarikat korporat yang mempunyai baki mata wang asing digalakkan membawa pulang dan menukar mata wang asing mereka.
MPI sedia beri latihan kepada korporat tingkat kerjasama dengan media
Yong berkata, pihak korporat ingin memahami kehendak media dalam pelaporan berita bagi mendapatkan liputan yang meluas.
Syarikat korporat digalak jadi rakan sinergi KPM perluas pendidikan digital
Penyertaan syarikat korporat sebagai rakan singergi berupaya membantu usaha KPM ke arah memperkasakan pendidikan masa depan.
Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan bernilai RM16.86 juta
Penyerahan itu didahului TNB yang diwakili Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengurusan Pemegang Kepentingannya Datuk Shamsul Ahmad.
MAIPk terima zakat perniagaan RM8.1 juta dari lapan syarikat korporat
Sultan Nazrin berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM8,170,475.68 daripada lapan syarikat korporat, pada Khamis.
Kerajaan seru syarikat korporat pertimbang pemberian elaun latihan praktikal
Perdana Menteri berucap pada Majlis Perasmian bagi Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Dewan Persidangan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
SPRM nafi dua pegawai kanan dalang rasuah korporat
Kedua-dua pegawai tersebut telah dipanggil untuk memberikan penjelasan dan mereka seterusnya membuat laporan polis untuk menyangkal tohmahan tersebut.
CSR: Astro antara syarikat korporat terima pengiktirafan
Acara ini dianjurkan oleh CSR Malaysia yang merupakan inisiatif di bawah naungan Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia.
Peluang skuad ragbi 15's sertai ARC 2021 kembali cerah
Peluang pasukan 15 sepasukan (15's) negara menyertai Kejohanan Ragbi Asia (ARC) dijadual berlangsung pada Mei ini, tampak kembali cerah meskipun masih bergelut mencari dana dalam melakukan persediaan