KUCHING: Organisasi korporat Malaysia berdepan risiko diketepikan dari pelaburan syarikat multinasional (MNC) sekiranya tidak menyesuaikan perniagaan dengan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus atau ESG.
Atas faktor perubahan iklim dunia, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg, syarikat-syarikat ini perlu beralih kepada operasi yang tertumpu kepada amalan ESG dengan cepat.
“Apa yang paling penting, syarikat korporat Malaysia perlu membuat peralihan kepada operasi bertumpu ESG dengan cepat.
"Kajian oleh sebuah bank global pada 2021 mendedahkan, menjelang 2025, 70 peratus daripada MNC akan mengalih keluar pembekal yang membahayakan pelan peralihan karbon mereka.
“MNC ini dijangka mengecualikan 35 peratus daripada pembekal semasa mereka apabila mereka beralih daripada karbon.
"Ringkasnya, jika syarikat Malaysia adalah sebahagian daripada ekosistem MNC, mereka berisiko diketepikan daripada peluang perniagaan masa hadapan jika mereka tidak mula menyesuaikan perniagaan mereka dengan amalan ESG,” katanya.
Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak Ke-10 di sebuah hotel di sini semalam.
Beliau menyifatkan penekanan aspek ESG dalam dasar kerajaan Sarawak sebagai tepat dalam membuka jalan lebih luas kepada aliran masuk pelaburan ke negeri itu.
Beliau berkata ia bukan sahaja memberi ruang untuk memacu ekonomi negeri secara mampan tetapi mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan walaupun dunia berdepan krisis perubahan iklim.
Ketika ini, katanya, semakin ramai pelabur mementingkan kelestarian alam sekitar semasa membuat keputusan, malah mereka akan melakukan semakan terhadap syarikat yang mempunyai kriteria ESG untuk menapis pelaburan.
“Faktor ESG ialah subset penunjuk prestasi bukan kewangan yang merangkumi isu etika, kelestarian dan tadbir urus korporat seperti memastikan terdapat sistem akauntabiliti dan mengurus jejak karbon perbadanan.
“Selain daripada pertumbuhan, keuntungan, budaya syarikat dan tadbir urus korporat, apa yang mentakrifkan syarikat yang berjaya hari ini termasuk sikapnya terhadap alam sekitar dan kemampanan.
“Industri mesti memacu agenda kemampanan dalam sektor masing-masing dengan mengambil langkah untuk mengurangkan jejak sumber mereka dan bergerak ke arah model perniagaan pekeliling dan sifar sisa,” kata Abang Johari.
Shafik Ahmad
Wed Dec 14 2022
Abang Johari berucap pada Majlis Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak Ke-10 di sebuah hotel di Kuching, 14 Dis 2022. - Foto Astro AWANI
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
Pulau Pinang dijangka kekal jadi negeri pengeksport terbesar Malaysia
Dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas, Pulau Pinang terus mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport terbesar negara dengan 30 peratus.
Pas pelabur strategik, dasar nomad digital akan tarik lebih banyak FDI dan DDI - Tengku Zafrul
Langkah memperkemas peranan penggalakan pelaburan, akan memudahcara usaha menjalankan perniagaan serta menjana FDI dan DDI di Malaysia.
Malaysia kekal menarik untuk MNC dalam rantaian bekalan pembuatan global - MIDA
MNC perlu memanfaatkan lokasi strategik Malaysia yang menyediakan jaringan yang amat baik ke pasaran serantau dan global.
Syarikat korporat Malaysia berdepan risiko diketepi MNC - Abang Johari
Atas faktor perubahan iklim dunia, MNC perlu beralih kepada operasi yang tertumpu kepada amalan ESG dengan cepat.
Pelepasan cukai kepada MNC tidak lagi menarik - LHDN
Pelepasan cukai akan merugikan negara destinasi berikutan negara asal MNC boleh menuntut perbezaan cukai.
Kelab NFT Malaysia jalin kerjasama dengan MAHSA Universiti
Ia sebagai usaha untuk membolehkan golongan muda menerokai dunia baharu internet yang berpotensi besar untuk melonjak ekonomi Malaysia.
Malaysia perlu buat transformasi untuk keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan - PM Muhyiddin
Malaysia perlu berubah menjadi peserta pengeksport global, mengembangkan keupayaan pembuatannya serta mewujudkan syarikat multinasional (MNC) tempatan untuk keluar dari perangkap berpendapatan perteng
Kaukus Dewan Negara gesa campur tangan beberapa pihak termasuk GLC dan MNC tangani isu PdPR
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional (MNC), badan yayasan dan semua wakil rakyat digesa campur tangan dalam menyelesaikan isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Prosedur baharu penggajian pekerja asing bakal mudahkan pengambilan bakat tempatan
Kerajaan amat bimbang dengan kadar pengangguran dalam negara.
Bagaimana restoran makanan segera beroperasi di China ketika COVID-19 melanda?
Di China, syarikat besar itu masih lagi beroperasi seperti biasa. Namun, mereka mengambil langkah berwaspada dengan mewujudkan servis ambil dan hantar menggunakan sistem tanpa kontak.