KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembinaan dan pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik kepada seorang individu yang menuntut wang RM50,000.
Syarikat Billah Empire Construction Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya, Muhammad Ariffin Billah Mohd Noor Zakiah, 29, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.
Syarikat itu dan pengarahnya didakwa gagal mematuhi perintah award TTPM bertarikh 23 Julai 2020 yang dibuat di pejabat tribunal itu yang memerintahkan syarikat berkenaan membayar balik RM50,000 kepada seorang lelaki yang menuntut wang itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh award diserahkan pada 25 Julai 2020.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat TTPM di Jalan Putra di sini pada 8 Ogos 2020 dan pertduhan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Penolong Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhammad Izzat Arif Ishak manakala Muhammad Ariffin Billah tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 21 Dis ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Mereka didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik kepada seorang individu yang menuntut wang RM50,000. - Gambar hiasan
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Syarikat pembinaan perlu ada sijil ISO antirasuah dalam tempoh dua tahun - SPRM
Syarikat sektor pembinaan di negara ini diingatkan untuk memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS) dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Syarikat pembinaan jangan 'pilih bulu', utamakan tenaga mahir tempatan - Ahmad Zahid
Semua syarikat pembinaan diingatkan agar tidak 'pilih bulu' dan perlu mengutamakan tenaga mahir tempatan dalam melantik pekerja sektor berkenaan.

Datuk Seri dituduh meterai perjanjian, terima RM100,000 tanpa kelulusan
Jalil Siam, 62, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan, Hakim, Norina Zainol Abidin.

Syarikat pembinaan, pengarah didakwa gagal patuhi award tribunal tuntutan pengguna
Mereka didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik kepada seorang individu yang menuntut wang RM50,000.

Angka kebakaran di Hospital Beijing meningkat kepada 29 orang
Angka kematian akibat kebakaran di sebuah hospital di Beijing pada Selasa meningkat kepada 29 orang, kata pihak berkuasa China pada Rabu.

Bekas pengurus kanan syarikat didenda RM222,000 gagal lapor rasuah
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas Chua mengekalkan pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan.

Kemuka tuntutan palsu hampir RM900,000, enam individu ditahan
SPRM menahan enam individu termasuk empat wanita bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai hampir RM900,000.

Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan
Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.

Bekas pengurus syarikat didenda RM700,000 buat tuntutan palsu
Teh Hok didakwa mengemukakan dokumen tuntutan palsu sebagai tulen bagi projek naik taraf dan kerja tanah bernilai RM17.8 juta.

Akta 446: Industri pembinaan mohon tangguh setahun
Pemain industri pembinaan meminta kerajaan menangguhkan selama setahun penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).