KOTA KINABALU: Sebuah syarikat menjual kelengkapan peralatan muzik dan pengarahnya masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui SIRIM Berhad (Sirim).
Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu ke atas East-Con Trading Sdn Bhd dan pengarahnya Chai Gua Fang, 63, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin.
Mahkamah memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. OKS membayar denda.
Kedua-dua OKS didakwa menjual seunit audio video sender yang tidak diperakui kepada seorang individu dengan harga RM1,700 pada 23 Jun 2020.
Bagi pertuduhan kedua, kedua-duanya didakwa menjual mikrofon tanpa wayar yang tidak diperakui kepada seorang individu dengan harga RM238 pada 11 Mac 2020.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 41-48, Lower Ground Floor, Kompleks Karamunsing, di sini.
Pertuduhan dilakukan mengikut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Nasrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS diwakili peguam Ryan So.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022

Mahkamah memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. OKS membayar denda. - Gambar hiasan

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syarikat, pengarah didenda jual mikrofon tanpa wayar tidak diperakui
Mahkamah memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. OKS membayar denda.