SEREMBAN: Sebuah syarikat pengendali pakej umrah bersama dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas 51 pertuduhan gagal untuk mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah RM473,730 kepada 17 orang mangsa.
Syarikat berkenaan Emraz Travel & Tours Sdn Bhd diwakili dua pengarah berkenaan yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan Datin Mazuin Mustafa, 43.
Pasangan itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Noor Hafiza Ishak.
Berdasarkan pertuduhan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat dengan Zulkarnain dan Mazuin selaku orang kena saman (OKS) masing-masing berdepan 17 pertuduhan kerana gagal mematuhi award TTPM berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, No D9, Tingkat 2, Bangunan Akhma, Persiaran Utama S2-1, di sini, antara 29 Mei hingga 13 September 2023.
Pendakwaan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Shafiq Mahadi dan Suhana Mohd memohon jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin.
"Kes ini membabitkan 17 mangsa yang mana bakal jemaah umrah ini terpaksa menabung untuk menunaikan ibadah umrah.
"OKS turut berdepan kes yang sama di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," kata Suhana.
Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Datuk Hanif Hassan, memohon jaminan dikurangkan RM100 hingga RM150 bagi setiap satu pertuduhan memandangkan jumlah ditawarkan bagi setiap tertuduh adalah sangat tinggi.
"Untuk makluman, anak guam saya tidak menjalankan operasi perniagaan dan lesen perniagaan juga ditamatkan. Mereka tidak mempunyai hasil pendapatan. Mereka juga sedang berusaha untuk membayar saman tersebut," katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM500 setiap pertuduhan iaitu bersamaan RM17,000 secara global (bagi semua tertuduh) dengan seorang penjamin.
Majistret kemudian menetapkan 25 April bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 27 2024

Zulkarnain dan Mazuin (kanan) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka. - Gambar fail/ Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Syarikat pengendali umrah, dua pengarah didakwa gagal patuh award TTPM
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd diwakili dua pengarah berkenaan yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan Datin Mazuin Mustafa, 43.

Kes tipu pakej umrah: 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, Zulkarnain dan Mazuin, berdepan 51 pertuduhan berkaitan kes penipuan pakej umrah sebanyak RM503,221.

Pakej umrah: Emraz Travel & Tours, 2 pengarah dihadap ke mahkamah gagal patuhi perintah award TTPM
Syarikat pengendali pakej umrah dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Jakarta sudah berlepas ke Tanah Suci
Mereka berlepas secara tiga peringkat sejak awal pagi tadi menggunakan penerbangan Saudi Airlines.