KUALA LUMPUR: Syarikat swasta dan korporat digalak meningkatkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program perkhidmatan dalam komuniti seperti pemeriksaan kesihatan gigi bagi memberi kemudahan kepada komuniti termasuk kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata program perkhidmatan yang dibawa ke komuniti akan memudahkan dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata contohnya kawasan Lembah Pantai, Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi walaupun terletak di bandar dan berdekatan dengan hospital serta klinik yang banyak terdapat pelbagai kekangan untuk komuniti setempat mendapatkan rawatan dan perkhidmatan.
"Jadi bila kita bawa perkhidmatan itu dalam komuniti lebih ramai yang akan dapat manfaat. Saya amat alu-alukan dan jika ada pihak lain yang ingin mengadakan program serupa (di Lembah Pantai) boleh berhubung dengan saya," katanya kepada pemberita ketika hadir ke program Pemeriksaan Kesihatan Gigi: Gigi Sihat Senyum Ceria di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini pada Sabtu.
Fahmi berkata program anjuran bersama International Medical University (IMU) dan Majlis Perwakilan Penduduk Lembah Pantai serta pertubuhan bukan kerajaan itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penjagaan gigi.
Beliau berkata program itu turut membantu pelajar tahun tiga jurusan pergigian IMU menimba pengalaman secara amali terutamanya dalam menguruskan kanak-kanak kecil yang sukar untuk menjalani pemeriksaan gigi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Fahmi berkata program perkhidmatan yang dibawa ke komuniti akan memudahkan dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang. - Foto fail/BERNAMA
'Orang cadang MCA disingkir daripada BN hanya mimpi di siang hari'
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).
Azalina koordinasi gag order dengan AGC
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said yang membantu mengkoordinasi perintah larangan mengulas (gag order) berkaitan titah adendum yang disebut di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.
Jangan di Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister' - Ketua Pembangkang
"Saya ada juga dengar khabar, seseorang yang dimaksudkan itu seolah-olah telah menjadi Perdana Menteri (PM) de facto. Dialah yang berkuasa dan mendapat segala-galanya yang dikehendaki termasuklah segala macam penguasaan dalam syarikat-syarikat," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ketika mencelah semasa sesi perbahasan di Parlimen.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Tiada perlindungan kepada pemberi maklumat yang buat pendedahan umum
Kerajaan tidak bercadang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) untuk melindungi pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat kepada umum sebelum disalurkan kepada agensi penguatkuasaan.
SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.
Ketua Pembangkang tuntut penjelasan kerugian saham MAHB
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menuntut penjelasan dan tindakan daripada kerajaan berkaitan kontroversi kerugian dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.
Kerajaan tegas tangani jenayah dalam talian menerusi penguatkuasaan pindaan Akta 588 - Fahmi
Aktiviti jenayah dalam talian dan penipuan mampu dibendung menerusi penguatkuasaan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588).
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
Ia bertujuan memerangi maklumat palsu dan berfungsi sebagai platform untuk rakyat semak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Kepengerusian ASEAN: Fahmi harap laporan media Malaysia sampai kepada semua media ASEAN
Liputan media sekarang berjalan dengan baik sambil keutamaan diberikan kepada sidang kemuncak.
Malaysia negara pertama saksikan perjanjian perkongsian rangkaian 4G 6 Hala
Beliau berkata perjanjian itu telah dimeterai pada Mei tahun lepas dan ia telah mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan.
Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah mengenal pasti 67 kawasan perindustrian di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan internet 5G.
Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi
Kempen ini dimulakan dengan fokus kepada Universiti Awam (UA) dan akan melibatkan pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menyebarkan mesej keselamatan dalam talian.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.