Rangkaian telefon bimbit terbesar di Thailand - Advanced Info Service (AIS) - menafikan laporan bahawa data penggunanya bocor, dengan mengatakan data itu adalah ujian untuk meningkatkan rangkaiannya.
Ketua Perhubungan Awam syarikat itu, Saichon Sapmak-udom berkata data itu hanya menunjukkan keseluruhan gambaran penggunaan internet tanpa mendedahkan maklumat sensitif atau peribadi pengguna.
"Ia bukanlah data peribadi pengguna kami. Tiada pelanggan yang terjejas, tiada kerugian kewangan," katanya dalam kenyataan.
Kebocoran data itu terbongkar selepas penyelidik keselamatan mendakwa pangkalan data sebesar 8.3 bilion rekod internet masa nyata pengguna AIS bocor secara dalam talian. Pangkalan data itu telah dilindungi pada 22 Mei.
Dalam satu catatan blog, penyelidik keselamatan Justin Paine berkata pangkalan data itu yang mungkin dikendalikan oleh anak syarikat AIS, Advance Wireless Network (AWN) mengandungi gabungan pertanyaan Sistem Nama Domain (DNS) dan data NetFlow.
"Ia (pangkalan data) tidak mengandungi data sensitif seperti kata laluan, bagaimanapun ia boleh mengenal pasti laman sesawang yang diakses pengguna dan aplikasi yang digunakan.
"Menggunakan data ini cukup mudah untuk menggambarkan apa yang dilakukan seseorang di internet," katanya.
Paine berkata pangkalan data itu dapat diakses secara terbuka pada 1 Mei dan beliau hanya mengetahuinya pada 7 Mei.
Katanya, beliau sudah memaklumkan kepada AIS pada 13 Mei mengenai kebocoran pangkalan data itu bagaimanapun gagal untuk melindungi pangkalan data berkenaan selepas seminggu.
Kemudian, beliau memberitahu pasukan respons kecemasan komputer Thailand, Thailand National CERT (ThaiCERT) yang dapat berhubung dengan AIS dan menyelamatkan pangkalan data itu.
"Selama tiga minggu, jumlah data yang terdedah meningkat dengan ketara. Pangkalan data itu menambah kira-kira 200 juta data baharu setiap 24 jam.
"Kira-kira 8.3 bilion dokumen dan sebanyak 4.7 terabait (TB) maklumat disimpan dalam pangkalan data itu," katanya.
Paine berkata dengan log pertanyaan DNS, satu sumber alamat IP, adalah mungkin untuk menentukan jenis peranti dalam rangkaian pengguna, rangkaian sosial yang kerap dilayari - Google, YouTube, Facebook, TikTok dan Line.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 26 2020

Penyelidik keselamatan mendakwa pangkalan data sebesar 8.3 bilion rekod internet masa nyata pengguna AIS bocor secara dalam talian. - Gambar hiasan
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Syarikat telekomunikasi Thailand nafi data pengguna bocor
Katanya, data itu hanya menunjukkan keseluruhan gambaran penggunaan internet tanpa mendedahkan maklumat sensitif atau peribadi pengguna.