Syarikat-syarikat yang mengupah pekerja berusia lebih 60 tahun disaran mengemukakan cadangan untuk mendapatkan insentif tertentu, kata Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Mohd Irwan, yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata mengambil pekerja yang berusia lebih 60 kembali bekerja akan membolehkan golongan muda meneroka aktiviti lain yang boleh membawa inovasi kepada negara selain mewujudkan perangkuman sosial.
Menurutnya, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mereka yang berusia lebih 60 tahun itu telah bekerja sepanjang hayat mereka dan kadang-kadang, duduk di rumah akan menjadikan mereka tertekan.
"Jadi kita boleh membawa mereka bekerja di sektor-sektor tertentu," katanya semasa pelancaran Hari Impak Keusahawanan Perangkuman Sosial dan Dinamik Malaysia (MasSIVE) MaGIC, di sini, hari ini.
Mohd Irwan berkata menjelang akhir tahun ini penggunaan teksi autonomi akan dilaksanakan di Cyberjaya dengan kereta pertama telahpun berada di kampus MaGIC.
MaGIC dalam satu kenyataan berkata Hari Impak MasSIVE menyediakan ruang bagi usahawan, korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor awam serta orang ramai untuk berkumpul dan menyertai dalam inisiatif kerjasama yang boleh mewujudkan impak sosial dan ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2018

MOHD IRWAN: Mereka yang berusia lebih 60 tahun itu telah bekerja sepanjang hayat mereka dan kadang-kadang, duduk di rumah akan menjadikan mereka tertekan. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Novel Salina edisi khas sempena ulang tahun ke-60 bakal dipasarkan
Menurut Helmy Samad, beliau telah lama berhasrat untuk menerbitkan novel Salina edisi khas sempena 60 tahun penghasilannya.

Tiada keperluan lanjut had umur bersara - PM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun.

Syarikat upah pekerja berusia lebih 60 tahun disaran kemuka cadangan dapatkan insentif tertentu
Syarikat-syarikat yang mengupah pekerja berusia lebih 60 tahun disaran mengemukakan cadangan untuk mendapatkan insentif tertentu.

Inisiatif 'Negaraku' lahirkan sikap positif, yakin kepada negara - Salleh
Inisiatif 'Negaraku' bertunjangkan semangat cintakan Malaysia yang bakal dilancarkan kerajaan akan mendorong rakyat mengetepikan sebarang perbezaan.

Usia 60 tahun bukan penghalang duduki SPM
Chong Sing Woh ingin membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk berjaya dan melepasi halangan dalam kehidupan.