KUALA LUMPUR: Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April, selepas memegang jawatan itu sejak Ogos 2021.
Tanpa menyatakan sebabnya, Syed Hamid memaklumkan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan mengenai keputusannya untuk meletak jawatan.
"Sejak saya dilantik sebagai pengerusi pada Ogos 2021, saya telah diberi peluang untuk memberikan bimbingan dan nasihat dalam menyokong WIEF melalui pelbagai inisiatif dan projek global yang tertumpu kepada perkongsian ilmu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Syed Hamid berkata WIEF telah menerajui agenda ekonomi yang tertumpu kepada masa depan yang lebih mampan untuk semua, dengan usaha yayasan meningkatkan hubungan pelbagai hala dalam kalangan negara yang terlibat.
"Ia adalah perjalanan yang amat bermakna dan saya meninggalkan yayasan ini dengan berat hati. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan, kerajaan Malaysia, badan kerajaan dan bukan kerajaan serta penyumbang, penyokong dan peserta dari seluruh dunia atas semangat kerjasama dan sokongan yang baik diberikan kepada WIEF sepanjang tempoh perkhidmatan saya," katanya.
Beliau turut berharap WIEF akan terus mengekalkan peranannya dan mencapai kejayaan dengan ketelusan dan tadbir urus yang telah dilaksanakan dengan cekap.
Yayasan WIEF, badan penganjur acara tahunan WIEF, terdiri daripada lembaga pemegang amanah yang disokong oleh panel penasihat antarabangsa dan sekretariat tetap yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024

Syed Hamid berharap WIEF akan terus mengekalkan peranannya dan mencapai kejayaan dengan ketelusan dan tadbir urus yang telah dilaksanakan dengan cekap. - Foto Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.

Sistem pendidikan asas pembentukan integriti individu - Syed Hamid Albar
Sistem pendidikan negara memainkan peranan utama dalam membentuk konsep integriti yang akan menentukan karakter dan nilai seseorang individu, kata bekas Menteri Luar, Syed Hamid Albar.

Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.

WIEF ke-14 boleh jadi platform pamer ekonomi MADANI kepada dunia Islam
WIEF di Abu Dhabi dijangka menarik 3,000 peserta global dari 80 negara, dengan 50 pemimpin korporat dijangka mengambil bahagian.

Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).

Komuniti antarabangsa perlu laksana tindakan segera tamatkan krisis Myanmar - MAGM
Penggunaan kekerasan secara sembarangan terhadap orang awam adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Rasuah Busters: 'Bukan lagi perkataan, tetapi amalan' - Syed Hamid Albar
Bekas Menteri Kabinet Malaysia Tan Sri Dr Syed Hamid Albar meminta agar Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi mengulangi cara kepimpinan terdahulu.

Tiba masanya OIC tubuhkan jabatan khas untuk pelarian - Syed Hamid Albar
Jabatan itu diperlukan untuk menangani pelbagai masalah mengenai pelarian terutamanya membabitkan akses kepada pendidikan.

PRU15: Individu, pemimpin terpalit isu rasuah dan moral perlu ditolak sebagai calon - Syed Hamid Albar
Mana-mana individu dan pemimpin yang terpalit dengan isu rasuah, moral dan konflik kepentingan tidak sepatutnya dipilih sebagai calon pilihan raya.

Libatkan NUG untuk penghantaran bantuan kemanusiaan ke Myanmar - Syed Hamid
Ini juga penting untuk memudahkan akses segera dan tanpa halangan penghantaran bantuan kemanusiaan.