KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengarahkan wang RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) diagihkan dalam kalangan exco sayap parti, sehari selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan menggeledah kediaman Ahli Parlimen Muar itu di Petaling Jaya pada 31 Mac 2020.
Pegawai penyiasat SPRM Mohd Syahmeizy Sulong, 37, berkata wang yang dikeluarkan dari bank pada 6 Mac 2020 berada dalam kawalan Rafiq Hakim Razali, yang ketika itu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan tiada transaksi dibuat dalam tempoh berkenaan sebelum ia diagihkan pada 1 April 2020.
"Wang itu disimpan di rumah Rafiq Hakim sebelum ia diagihkan kepada kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan Muhammad Daniel Kusari dan Muhammad Naqib Ab Rahim yang ketika itu ahli Bersatu," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Mohamed Tahir pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Disoal Muhammad Asyraf apa yang menyebabkan wang RM1 juta itu tiba-tiba diagihkan kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib, saksi menjawab: Wang diagihkan selepas pihak SPRM mula siasat dan geledah rumah YB Syed Saddiq pada 31 Mac 2020.
Mohd Syahmeizy, yang menyiasat kes penyelewengan dana Armada dihadapi Syed Saddiq berkata berdasarkan keterangan saksi yang dirakam, duit itu dikeluarkan oleh dua pemegang amanah Armada, Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, yang ketika itu Penolong Setiausaha Armada atas arahan Syed Saddiq.
Menurut Penguasa Kanan SPRM itu, cek pengeluaran wang berkenaan ditandatangani oleh Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan kerana Syed Saddiq tidak mempunyai masa untuk pergi ke bank selain tandatangannya sering berubah.
Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata siasatannya juga mendapati, pada 31 Mac 2020, tertuduh telah menghubungi Rafiq Hakim dan arahkannya untuk 'clear' wang yang disimpan di rumah Rafiq Hakim kerana tertuduh risau wang itu akan dijumpai dan disita oleh pihak SPRM.
Kepada soalan Muhammad Asyraf, saksi berkata pihak SPRM menggeledah rumah Syed Saddiq pada hari berkenaan (31 Mac) susulan siasatan dijalankan oleh seorang lagi pegawai penyiasat, Muhamad Khairi Muhamad Rodi untuk menyiasat kehilangan wang berjumlah RM250,000 di rumah ahli politik tersebut.
Menurut Mohd Syahmeizy, daripada RM1 juta itu, wang berjumlah RM650,000 diagihkan kepada Muhammad Daniel manakala RM250,000 kepada Muhammad Naqib.
Bagaimanapun, saksi berkata pihak SPRM hanya menemukan wang berjumlah RM425,537 daripada Muhammad Daniel dan menyita wang berkenaan.
Disoal Muhammad Asyraf di mana baki wang itu, saksi menjawab: Hasil keterangan Muhammad Daniel, baki wang telah diagihkan kepada ketua bahagian dan ahli-ahli Armada.
Terdahulu, Mohd Syahmeizy berkata terdapat perbincangan melibatkan Syed Saddiq, Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan pada awal Mac 2020 dan keterangan saksi menyatakan Syed Saddiq amat risau pergolakan yang berlaku selepas 'Langkah Sheraton'.
"Oleh itu, YB Syed Saddiq tanya Rafiq Hakim berapa wang yang ada dalam akaun Armada pusat. YB Syed Saddiq nyatakan wang dalam akaun Armada merupakan hasil titik peluh sepanjang beliau menjadi Ketua Armada. Rafiq Hakim kemudian beritahu YB Syed Saddiq baki semasa akaun berjumlah lebih RM1 juta," katanya.
Beliau turut memaklumkan pengeluaran wang itu dibuat selepas kedudukan Syed Saddiq dalam Pakatan Harapan goyah dan ia disokong oleh beberapa keterangan saksi yang diambil iaitu Ahmad Redzuan, Rafiq Hakim dan bekas Exco Armada Abdul Hannaan Khairy.
Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mengapa Syed Saddiq dituduh kali pertama pada 22 Julai 2021 sedangkan izin untuk mendakwa dikeluarkan pada 4 Jan tahun sama, saksi menjawab: Untuk siasatan terhadap YB Syed Saddiq, pihak SPRM telah membuka lima kertas siasatan yang berbeza aduan dan maklumat.
"Oleh itu, pertuduhan terhadapnya dibuat terlalu lama disebabkan saya memerlukan keterangan saksi bagi menyamakan dengan kertas siasatan lain kerana ketika itu ada kertas siasatan yang belum siap ke atas YB Syed Saddiq," kata saksi.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir (tengah) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes yang dihadapinya. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?

Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.

Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.

Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.

Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.