KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi ahli politik pertama dijatuhkan hukuman sebat selepas didapati bersalah melakukan jenayah kolar putih.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu dikenakan hukuman berkenaan selepas Mahkamah Tinggi pada Khamis mendapati dia bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 31 tahun itu kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan atas kesalahan tersebut.
Ini berbeza dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 70 tahun, yang hanya dihukum penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta tanpa sebatan kerana usianya sudah melangkaui setengah abad.
Najib dikenakan hukuman tersebut selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Bagaimanapun, Syed Saddiq masih 'terselamat' buat masa ini kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Sebat adalah hukuman mandatori bagi pertuduhan jenayah pecah amanah (Criminal Breach of Trust) dengan pengecualian diberikan untuk keadaan tertentu termasuk pesalah wanita dan individu berumur 50 tahun ke atas.
Madiha Abdullah
Thu Nov 09 2023
Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz mencium dahi anaknya, Syed Saddiq di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan
Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan.
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.
Parlimen: PM sambut baik cadangan Syed Saddiq tingkat bantuan golongan susah secara berkala
Cadangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya meningkatkan bantuan kerajaan kepada golongan susah dibuat secara berkala mendapat reaksi positif daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal bertanding dalam Kejohanan Dunia Ironman yang bakal berlangsung di Nice, Perancis, tahun depan.