MUAR: PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaafkan sekumpulan anak muda yang cuba menimbulkan provokasi semasa ceramahnya di Muar pada Ahad lalu.
Dalam satu hantaran di Facebook, Syed Saddiq menyatakan bahawa kumpulan tersebut bukanlah musuhnya.
“Saya di sini untuk bela kamu, bukan lawan kamu. Kepada kumpulan anak muda ini, kamu bukanlah musuh saya, saya maafkan kamu,” katanya pada Isnin.
Sebelum ini, kumpulan anak muda itu dilaporkan mencetuskan provokasi dalam ceramahnya dengan melaungkan ‘penipu’ dan disusuli dengan cubaan untuk merusuh kawasan khemah.
Bagaimanapun, cubaan tersebut gagal apabila dihalang oleh sekumpulan penyokong parti MUDA dan polis yang membentuk penghalang daripada memasuki khemah.
Syed Saddiq pada masa yang sama menegaskan bahawa pihaknya sedang sedaya upaya berbuat yang terbaik demi masa hadapan generasi muda.
“Saya faham lebih 71 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak ingin melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) kerana dengan menjadi graduan, gaji masih rendah dan menanggung beban hutang pendidikan yang tinggi.
“Saya juga faham ketika dua pertiga anak muda apabila ditanya sanggup meninggalkan negara untuk pekerjaan yang lain kerana tidak ada pekerjaan yang bermaruah untuk mereka di Malaysia.
“Kerana itulah saya ingin tolong kalian semua untuk mendapatkan pekerjaan dan taraf hidup yang lebih baik supaya satu masa nanti kita dapat tinggal dalam Malaysia yang lebih baik,” ujar beliau.
Syed Saddiq turut berkata, pihaknya juga berusaha memberikan yang terbaik bagi membantu seluruh warga Muar.
“Sebab itu ketika musim Covid- 19, saya dan kumpulan sentiasa berusaha dapatkan komputer riba yang berkualiti bagi anak-anak Muar yang terputus pendidikan atas talian dan juga dapatkan ratusan ribu ringgit untuk biasiswa Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi keluarga yang susah,” jelasnya.
Ulas beliau, segala bantuan yang disalurkan tidak mengambil kira soal agama, bangsa dan fahaman politik.
“Walaupun kamu lawan saya, saya tetap hormat kamu dan bantuan wajib diberikan tanpa mengira fahaman politik,” tambahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 17 2022
![Syed Saddiq maafkan 'mat motor' buat kecoh Syed Saddiq maafkan 'mat motor' buat kecoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665957812_SyedSaddiq.jpg)
Tangkap layar kejadian yang tular di media sosial semasa ceramah Syed Saddiq di Muar, Ahad lalu. - Video orang awam
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738639286_TBbellaastillah.jpg)
Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?
![Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732871905_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
![Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733990077_TBSyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.
![Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727946629_SyedSaddiq.jpg)
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
!['Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq 'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733990077_TBSyedSaddiq.jpg)
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
![Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727946629_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.
![Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731483598_TBSyedSaddiq.jpg)
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
![Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730027070_AnwarIbrahim.jpg)
Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.
![Parlimen: PM sambut baik cadangan Syed Saddiq tingkat bantuan golongan susah secara berkala Parlimen: PM sambut baik cadangan Syed Saddiq tingkat bantuan golongan susah secara berkala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720497623_SyedSaddiq.jpg)
Parlimen: PM sambut baik cadangan Syed Saddiq tingkat bantuan golongan susah secara berkala
Cadangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya meningkatkan bantuan kerajaan kepada golongan susah dibuat secara berkala mendapat reaksi positif daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728802393_SyedSaddiq.jpg)
Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal bertanding dalam Kejohanan Dunia Ironman yang bakal berlangsung di Nice, Perancis, tahun depan.