KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memohon maaf di Mahkamah Tinggi di sini kerana memuat naik semula satu hantaran di laman media sosialnya berhubung perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang sedang dihadapinya.
Syed Saddiq, 29, membuat permohonan maaf itu setelah diberi amaran terakhir oleh Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Azhar Abdul Hamid yang mendengar perbicaraan kes itu hari ini.
"Dengan rendah diri, saya mohon maaf," kata Syed Saddiq.
Azhar membuat teguran itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bahawa satu laporan polis dibuat terhadap Ahli Parlimen Muar itu kerana menyiarkan semula satu hantaran yang dibuat oleh rakannya, Ahmad Zarul Afiq berkenaan prosiding perbicaraan dan kredibiliti saksi pendakwaan ke-13, Rafiq Hakim Razali, yang juga bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Laporan itu menyatakan, hantaran yang disiarkan semula oleh Syed Saddiq adalah bersifat subjudis dan sebelum ini hakim lain telah menegur ahli politik itu serta pasukan peguamnya agar tidak membuat sebarang komen tentang perbicaraan yang sedang berlangsung.
Wan Shaharuddin berkata perkara sama telah beberapa kali berlaku dan Syed Saddiq sebelum ini diberi amaran oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
"Bagaimanapun, ia masih berlaku dan tertuduh masih memberikan komen tentang prosiding dan kredibiliti saksi ini, yang saya percaya adalah subjudis. Terpulang kepada mahkamah untuk membuat penemuan fakta mengenai kredibiliti saksi," katanya.
Peguam yang mewakili Syed Saddiq, Gobind Singh Deo yang kelihatan terkejut ketika isu itu dibangkitkan memberitahu mahkamah anak guamnya telah memadam hantaran itu.
"Saya memberitahunya (Syed Saddiq), ini adalah sesuatu perkara yang anda tidak bincangkan dan minta dia berhati-hati pada masa depan. Dia sudah memadamkan hantaran itu," kata Gobind.
Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Azhar memberikan amaran terakhir kepada tertuduh agar perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.
"Ini agak serius. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Mohamed Zaini Mazlan telah membuat pelbagai ulasan mengenai isu ini. Jadi biarkan ini sebagai amaran terakhir. Saya harap semua pihak tidak lagi membuat komen sebegitu," katanya.
Ini adalah permohonan maaf kedua yang dibuat oleh pihak pembelaan berhubung perkara sama dalam tempoh seminggu.
Pada 4 Julai, seorang lagi peguam Syed Saddiq, Haijan Omar membuat permohonan maaf kepada mahkamah selepas seorang peguam dalam pasukan pembelaan ahli politik itu, Lim Wei Jiet mengeluarkan kenyataan awam mengenai kes sama.
Terdahulu, berkenaan permohonan pihak pembelaan untuk mencabar kredibiliti Rafiq Hakim sebagai saksi pendakwaan, Wan Shaharuddin berkata terdapat prasyarat yang perlu dipenuhi oleh pihak yang ingin pernyataan bertulis saksi diterima masuk sebagai keterangan di mahkamah, di bawah Seksyen 402B Kanun Tatacara Jenayah.
"Memandangkan pernyataan bertulis itu tidak ditandatangani oleh saksi berkenaan, maka prasyarat pertama di bawah Seksyen 402B (2) gagal dipatuhi," katanya.
Susulan perkara itu, Gobind memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan pihaknya memulakan prosiding mencabar kredibiliti itu memandangkan pernyataan saksi Rafiq Hakim telah diberikan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula, walaupun ia tidak digunakan di mahkamah.
Azhar kemudian menetapkan 18 Julai ini untuk memutuskan sama ada prosiding mencabar kredibiliti saksi utama pendakwaan itu boleh dilakukan, berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022

Syed Saddiq, 29, membuat permohonan maaf itu setelah diberi amaran terakhir oleh Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Azhar Abdul Hamid yang mendengar perbicaraan kes itu hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?

Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.

Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.

Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.

Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.