KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesyorkan agar semua institusi pengajian tinggi mewujudkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Kos Sara Hidup pelajar dalam usaha mendepani peningkatan harga barangan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Ahmad Masrizal Muhammad berkata, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) boleh mengaktifkan peranan jawatankuasa tersebut.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar mengambil contoh inisiatif yang dilaksanakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melibatkan tiga kaedah dalam membantu mahasiswa.
"Saya menyeru dan menyarankan kepada semua universiti yang ada dalam negara untuk turut sama mengambil langkah yang dibuat oleh UPSI ini.
"Usaha kolaboratif yang dimodelkan oleh UPSI ini iaitu antara tiga pihak - MPP, universiti dan operator makanan - adalah satu yang wajar diberikan pujian. Hasilnya, mereka telah mencapai kata sepakat mengenai harga makanan yang mampu dibayar oleh pelajar," katanya kepada pemberita, hari ini.
Sebelum itu, Ahmad Masrizal melakukan lawatan mengejut di UPSI bagi meninjau tahap pengurusan universiti dalam menghadapi kos sara hidup di kampus.
Dalam lawatan tersebut, beliau berpuas hati dengan keupayaan pihak pengurusan universiti memastikan pihak operator makanan memahami aspirasi kerajaan dalam menguruskan soal harga makanan di kampus.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan, tiga kaedah yang dilaksanakan UPSI melibatkan kerjasama pengusaha kafeteria di kampus berkenaan, yang mana mahasiswa dibantu dari segi pembelian makanan harian mereka.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Norkhalid Salimin berkata, UPSI juga akan mewujudkan 'Food Barakah Campaign' iaitu menyediakan tabung khas di setiap kafe untuk pembeli menyumbangkan baki bayaran bagi menampung dana kebajikan di kampus.
Mengulas lanjut, Ahmad Masrizal berkata beliau yakin isu peningkatan kos sara hidup dan inflasi boleh diatasi dengan kerjasama semua pihak.
"Kerajaan perlukan sokongan dan dokongan daripada semua. Di sinilah letaknya ukuran semangat kenegaraan kita. Solidariti Keluarga Malaysia.
"Saya yakin jika semua mampu mengembeling usaha kita pasti akan mampu mengharungi fasa ini dengan lebih tuntas," ujarnya lagi.
Astro Awani
Tue Jul 05 2022

Ahmad Masrizal melakukan lawatan mengejut di UPSI bagi meninjau tahap pengurusan universiti dalam menghadapi kos sara hidup di kampus.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.

Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.

Kenaikan gaji penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam - CUEPACS
Pengumuman kerajaan berhubung kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini satu penghargaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam negara yang meletakkan negara di landasan kukuh, kata Kongres

Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.

Peningkatan harga barang menjadikan pengguna lebih bijak berbelanja- Pakar
Memesan makanan dalam talian membolehkan pengguna mengawal perbelanjaan kerana mereka tidak terpesona dengan jualan di bazar.

Isu bekalan beras negara dibincangkan dalam NACCOL Jumaat ini - Amrizan
Satu Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan Jumaat ini.

Gaji penjawat awam tidak mampu tampung peningkatan kos sara hidup - Cuepacs
Beliau berkata, justeru langkah menaikkan gaji penjawat awam wajar dilaksanakan segera tanpa perlu menunggu pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Perkenal skim biaya, sewa rumah untuk tangani kos sara hidup tinggi - Pakar
Skim terbabit juga dapat membantu dari segi menawarkan kadar faedah rendah bagi tempoh masa tertentu.

Peningkatan kos adalah semula jadi, tumpu tingkatkan gaji - Pakar Ekonomi
Peningkatan kos dalam sektor komersial dan isi rumah adalah suatu yang semulajadi bagi negara yang menuju kearah taraf negara maju.

Rumah inap kampung yang nostalgik semakin diminati
Rumah inap atau homestay dengan suasana kampung yang nostalgik, semakin diminati orang ramai yang ingin lari daripada hiruk-pikuk di bandar.