Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat Malaysia untuk sentiasa bersyukur serta mengambil iktibar dengan apa yang berlaku kepada saudara Islam di negara luar apabila demokrasi yang diharap tidak mencapai tujuannya.
Rakyat Malaysia, tegas beliau, masih dapat menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri dengan penuh selesa dan selamat tanpa perlu risau dan berasa terancam dengan serangan musuh.
"Marilah kita renungkan akan cabaran dan dugaan yang kita hadapi sekarang, dan bagaimana kita dapat mengatasinya. Insya-Allah dengan berkat usaha dan sikap tidak akan menyerah kalah, usaha ini akan diberkati Allah dan kita pasti akan berjaya melepasi segala rintangan.
"Percayalah, apa yang dihadapi oleh kita sekarang, tidak seberat apa yang dihadapi rakan kita di beberapa buah negara lain terutamanya di Timur Tengah," katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2018, di sini, malam tadi.
Dr Mahathir berkata 1 Syawal sebagai hari kemenangan melawan nafsu, tidak hanya terhad kepada menahan lapar dan dahaga, malah melawan nafsu dengan menolak apa jua perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
"Ada kalanya nafsu menghumban kita ke dalam perkara yang dilarang, ini akan mencemarkan imej kita sebagai seorang Muslim tetapi Alhamdulillah, Islam itu sempurna.
"Jika diamati dengan teliti, ia tetap menjadikan kita manusia yang baik dan berjaya. Islam bukan sahaja agama, ia adalah 'Ad-deen' atau cara hidup," katanya.
Dr Mahathir pada masa sama berkata kerajaan berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul.
"Untuk mencapai matlamat ini, langkah penjimatan perlu diambil dan orang ramai hendaklah terima keperluan berjimat bersama kerajaan," katanya.
Beliau berkata jika negara aman dan selamat, pelabur akan melabur dengan banyak dan peluang pekerjaan akan bertambah, serta dapat menyelesaikan masalah pengangguran dalam kalangan masyarakat.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mengingatkan mereka yang pulang beraya di kampung halaman agar sentiasa memandu dengan cermat serta mengajak masyarakat bukan Islam untuk turut serta dalam sambutan Hari Raya bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum di negara ini. -- Bernama
Bernama
Thu Jun 14 2018
Dr Mahathir berkata 1 Syawal sebagai hari kemenangan melawan nafsu, tidak hanya terhad kepada menahan lapar dan dahaga, malah melawan nafsu dengan menolak apa jua perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. - BERNAMA/Fail
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
ASEAN 2025: Kompleks Kraf Langkawi bersedia terima kunjungi delegasi
Delegasi ASEAN juga berpeluang membeli-belah pelbagai produk kraf dari seluruh Malaysia yang ditempatkan di bawah satu bumbung di kompleks itu.
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Sultan Pahang, Sultan Selangor zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat, terutamanya rakyat di negeri Pahang agar menyambut lebaran dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.
Aidilfitri harus dimanfaat bina iltizam perkukuhkan perpaduan - TPM
Aidilfitri merupakan nikmat besar dari Allah SWT kerana umat Islam berkesempatan mengerjakan ibadah berpuasa yang dituntut di dalam Islam.
Empat lelaki mengaku bersalah lakukan kekerasan jenayah, cederakan polis
Empat lelaki mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah dan menyebabkan seorang anggota polis cedera di pagi 1 Syawal.
Tarikh 1 Syawal : Tunggu pengumuman rasmi pada Khamis - Fahmi
Fahmi sekali lagi mengingatkan umat Islam di negara ini agar menunggu pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Jakim sangkal laporan cerapan 1 Syawal 1443H tidak sah
Laporan yang menyatakan hasil cerapan 1 Syawal 1443H yang ditetapkan pada 2 Mei 2022 tidak sah dan terbatal, adalah tidak benar, menurut Jakim.
Pekan Padang Besar kembali meriah sepanjang Ramadan
Kompleks Padang Waremart Padang Besar dan Arked Niaga Padang Besar, mula dipenuhi pengunjung sejak awal Ramadan setelah sepi hampir setahun.
Umat Islam di UK sedia sambut Aidilfitri
Lebih 2.6 juta umat Islam di United Kingdom (UK) melakukan persiapan akhir Aidilfitri di tengah penularan COVID-19.
Syukur dengan demokrasi negara - Tun Mahathir
Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia untuk bersyukur dan ambil iktibar atas apa yang berlaku kepada saudara Islam di negara luar apabila demokrasi yang diharap tidak mencapai tujuan.