ANGGOTA kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, T.O.P mengambil keputusan untuk meninggalkan agensinya, YG Entertainment.
Keputusan itu dibuat selepas kontraknya bersama YG Entertainment tamat.
Berita itu juga dimaklumkan oleh YG Entertainment dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin.
“Kontrak eksklusif T.O.P bersama YG telah tamat, dia akan mengambil pelbagai cabaran baru yang lebih besar sebagai seorang artis dan juga usahawan selepas ini.
“Kami menghormati keputusan dan keinginan T.O.P untuk memperluaskan skop aktiviti individualnya selain daripada promosi bersama BIGBANG.
“T.O.P juga berjaya mencapai persetujuan berkenaan perkara ini bersama anggota yang lain.
"Selagi syaratnya betul, dia akan sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti BIGBANG pada bila-bila masa,” jelasnya.
Dalam perkembangan terbaharu, BIGBANG akan membuat kemunculan semula tidak lama lagi.
BIGBANG dikhabarkan akan membuat kemunculan semula bersama empat orang anggota iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung tanpa Seungri.
Sebelum ini, Seungri telah mengumumkan bersara dari industri seni pada Mac 2019 selepas terpalit kontroversi terbesar di Korea.
Kredit foto: Google / cine21.com
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Wed Feb 09 2022

T.O.P tinggalkan YG Entertainment selepas 16 tahun bersama. -Gempak

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Hanya 0.4 peratus kakitangan Hartalega positif COVID-19
35 dari 8,722 anggota kakitangan Hartelega adalah positif COVID-19, merangkumi 0.4% jumlah keseluruhan kakitangan syarikat itu.