Proses tuntutan nafkah yang sedia ada di negara ini sangat lemah, membebankan dan memakan masa bertahun-tahun, kata Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS)
Menurut Timbalan Pengerusi Siti Zawiah Mohd Omar berkata persatuan itu menyambut baik cadangan pelaksanaan perkhidmatan insurans sebelum berkahwin atau Ta'mim yang dapat menjamin nafkah diperolehi lebih cepat sebaik sahaja bercerai.
"Saya sangat bersetuju sekiranya ia dilaksanakan, sekurang-kurangnya jika berlaku penceraian, si isteri secara automatik atau buat sementara waktu akan mendapat nafkah dari bekas suami bagi menanggung anak-anak, tanpa perlu turun naik mahkamah bertahun-tahun hanya untuk mendapat beberapa ringgit sebulan.
“Apa yang berlaku sekarang ini adalah proses tuntutan yang sangat lemah dan mengambil masa sehingga bertahun-tahun, malah ada ibu yang putus asa untuk meneruskan permohonan dan akhirnya menanggung keluarga sendiri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Mengikut pengalamannya, Siti Zawiah berkata beliau mengambil masa lebih lima tahun memohon nafkah anak daripada bekas suami kerana faktor-faktor seperti kos peguam yang tinggi, kes ditunda dan ketidakhadiran suami ke mahkamah.
"Saya terpaksa berulang alik ke mahkamah sehingga pada satu masa saya pernah putus asa. Dengan bekas suami menggunakan peguam dan saya tidak mampu hendak membayar peguam dan dia pula enggan bayar nafkah, memang membebankan,” jelas beliau.
Siti Zawiyah juga mengakui bahawa Biro Sokongan Keluarga (BSK) yang ada tidak membantu dari awal tuntutan tetapi hanya boleh diguna pakai sekiranya terdapat perintah mahkamah.
Beliau turut mahu perlaksanaan Ta'mim disegerakan kerana selain isteri terpaksa menanggung keluarga seorang diri sementara menunggu tuntutan selesai, ia juga memberi kesan kepada emosi ibu itu ketika melalui proses tersebut.
Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan, inisiatif Ta'mim yang akan diperkenalkan nanti mampu menjadi alternatif membantu mengatasi masalah kecuaian pembayaran nafkah yang kini menjadi isu global.
Azyyati Ahmad
Mon Aug 15 2016

Perlaksanaan Ta'mim diminta agar disegerakan kerana selain si isteri terpaksa menanggung keluarga seorang diri sementara menunggu tuntutan selesai, ia juga memberi kesan kepada emosi si ibu itu ketika melalui proses tersebut.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Ta'mim dapat selesaikan proses tuntutan nafkah - Persatuan Ibu Tunggal
Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor menyambut baik cadangan pelaksanaan perkhidmatan insurans sebelum berkahwin.