BERA: Pelaksanaan Tabika Kemas merupakan antara kisah kejayaan kerajaan kerana ramai yang berjaya hari ini, termasuk pemimpin mula mendapat pendidikan awal di pusat bimbingan kanak-kanak tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata disebabkan itu, kerajaan sentiasa menyokong pembangunan pendidikan Tabika Kemas, bagi memastikan kanak-kanak di situ dapat belajar dalam situasi yang selesa.
"Kemas merupakan salah satu cerita kejayaan kerajaan. Ramai yang berjaya pada hari ini... yang menjadi pemimpin pada asalnya mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas terutamanya mereka yang berasal dari luar bandar," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Jom Masuk Kampung dan Hari Potensi Kemas Daerah Bera 2022 di Felda Triang 3 di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Ramlan Harun, Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman.
Sebagai contoh, Ismail Sabri merujuk kepada peruntukan khas bagi Program Bantuan Makanan Tambahan (PMBT) kepada kanak-kanak tabika dan taska Kemas seluruh negara, yang mana RM140 juta disediakan pada tahun ini, untuk dimanfaatkan 225,281 murid tabika dan 9,716 kanak-kanak taska.
Di Pahang, Ismail Sabri berkata Kemas secara keseluruhannya menerima peruntukan sebanyak RM2.36 juta merangkumi peruntukan pembangunan dalam bidang kemahiran, pembangunan komuniti dan pendidikan awal kanak-kanak.
Menyentuh daerah Bera, beliau berkata empat premis tabika Kemas yang terjejas banjir awal tahun ini, selesai dibaiki, dengan peruntukan hampir RM150,000 selain kerajaan sedang mengkaji cadangan membina Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Bera dan menaik taraf Pusat Komuniti Kemas kepada Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Kemas Bera dengan kos RM18.927 juta.
Cadangan itu akan dilaksanakan di bawah Rancangan Boleh Pinda ketiga tahun hadapan, dan kewujudan pusat tersebut diharapkan dapat menyediakan kemudahan tempat dan penginapan kepada peserta aktiviti Kemas.
Dalam ucapan itu, Ismail Sabri juga menegaskan bahawa pendidikan merupakan agenda utama kerajaan dan menjadi aspek paling dititikberatkan beliau sejak menjadi Ahli Parlimen Bera pada tahun 2004, kerana pendidikan awal merupakan permulaan kepada kejayaan yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyempurnakan perasmian Hospital Daerah Bera hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.