NIBONG TEBAL: Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) adalah cerminan yang membuktikan agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan malah ia lebih kukuh di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya agama Islam dan orang Melayu terancam di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, program tersebut merupakan pencetus perubahan dalam pendidikan Islam.
Beliau berkata, DAP sebagai parti komponen dalam gabungan politik itu tidak pernah menentang program berkenaan apabila ia dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
"Mereka sangat prihatin terhadap Perkara 3 dalam Perlembagaan iaitu kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 153 iaitu kedudukan hak istimewa Orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pra Tahfiz Tabika Kemas Negeri Pulau Pinang di Dewan Perda-Tech, Bukit Panchor, di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, program itu akan memberi penekanan terhadap ibadah lain termasuk solat kepada anak-anak Tabika Kemas.
"Di samping itu juga, kita tidak mengetepikan soal agama lain dan juga bangsa lain yang memasuki tabika atau tadika. Di Tadika Perpaduan umpamanya, pendidikan sivik dilaksanakan.
"Begitu juga mana-mana anak orang bukan Islam yang masuk ke Tadika Kemas, pendidikan yang begitu juga dibuat ketika pengajaran al-Quran dan solat dilakukan," katanya.
Tabika Pra Tahfiz Kemas adalah program untuk memperkasakan Pendidikan al-Quran selain memberi nilai tambah kepada modul sedia ada (Program Penghayatan Islam) di Tabika Kemas.
Ia merangkumi aspek Pendidikan al-Quran dalam melahirkan Huffaz Cilik yang menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam juzuk amma dan surah pilihan (Juzuk 30) dengan Bacaan (Qiraat) Adab dan Tadabbur.
Program itu turut menjadi antara Hala Tuju Strategik (HATS) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2023 dalam Membangun Modal Insan Desa Secara Komprehensif bagi memperkasakan Pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Ahmad Zahid berucap ketika merasmikan prapelancaran Pra Tahfiz Tabika Kemas Negeri Pulau Pinang di Dewan Perda-Tech, Bukit Panchor, Nibong Tebal, pada Selasa. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Tabika Pra Hafiz Kemas bukti Islam lebih kukuh di bawah Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat membuktikan agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.