PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad telah mengarahkan Tabung Haji untuk menghubungi Jabatan Imigresen bagi mendapatkan maklumat kepulangan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Beliau berkata pihaknya juga membuat siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat asal wanita berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri terlibat untuk tindakan lanjut.
"Dia pergi (Makkah) secara sendiri menggunakan visa pelancong," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi motosikal kongsi rezeki sempena Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini.
Program yang diadakan di Masjid Putra itu bagi menyambut genap setahun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengemudi negara dan Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Pada 12 Ogos, Idris dilaporkan berkata tindakan tegas menanti kepulangan wanita terbabit kerana didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.
Seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan seorang 'lelaki' merakam dirinya tawaf di depan Kaabah dalam Masjidilharam di Makkah yang akhirnya tular selepas identiti individu itu didedahkan sebagai wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022

Pada 12 Ogos, Idris dilaporkan berkata tindakan tegas menanti kepulangan wanita terbabit kerana didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki. - Gambar/ Ihsan pembaca
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Wanita berpakaian ihram telah pulang ke tanah air - Idris
Namun begitu, keberadaan wanita itu masih belum dapat dikesan.

Tabung Haji diarah dapatkan maklumat kepulangan wanita berpakaian ihram
Idris berkata, pihaknya juga membuat siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat asal wanita berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri terlibat untuk tindakan lanjut.

Perak pandang serius jemaah wanita berpakaian ihram - Menteri Besar
Baik lelaki mahupun wanita harus ikut syarak untuk tunaikan ibadah.

Puhaz tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Jemaah itu difahamkan ke Tanah Suci bukan melalui agensi, sebaliknya, secara berkumpulan dengan tujuan melancong sebelum tunai umrah.