Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.05 peratus bagi tahun kewangan 2019.
Menurut kenyataan TH, ia melibatkan bayaran berjumlah RM2.1 bilion iaitu RM1.2 billion lebih tinggi berbanding RM913 juta pada tahun kewangan sebelumnya.
Malah, prestasi kewangan yang semakin baik itu berasaskan strategi pelaburan mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemat yang menyumbang kepada pertumbuhan agihan kewangan pada 2019.
TH berkata ia berjaya memperoleh pendapatan pelaburan sebanyak RM3.3 bilion yang mana RM1.2 bilion daripadanya dijana pada suku keempat 2019.
"Secara keseluruhannya, pendapatan pelaburan yang dijana TH adalah lebih stabil dengan pelaburan aset pendapatan tetap menjana 58 peratus pendapatan atau sebanyak RM1.9 bilion manakala pelaburan hartanah, ekuiti dan instrumen pasaran wang Islam masing-masing menyumbang RM500 juta (15 peratus), RM500 juta, (15 peratus) dan RM400 juta (12 peratus),'' katanya.
Selain itu, perubahan strategi pelaburan TH kepada aset pelaburan yang lebih stabil juga berjaya mengurangkan tekanan akibat ketidaktentuan pasaran saham yang antara lainnya disebabkan oleh perang dagangan di peringkat global.
Menurut TH, pada 31 Dis 2019, jumlah asetnya mencecah RM74.3 bilion manakala liabiliti berjumlah RM71.4 bilion yang menjadikan jumlah aset melebihi liabiliti sebanyak RM2.9 bilion (sebelum agihan keuntungan kepada pendeposit).
Secara keseluruhan, TH juga berjaya mencatat keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2019 berjumlah RM1.9 bilion iaitu peningkatan sebanyak 19 peratus atau RM300 juta berbanding RM1.6 bilion bagi tahun kewangan 2018.
"Peningkatan keuntungan selepas zakat ini dicapai setelah TH mengambil kira sebanyak RM86 juta bagi pembayaran zakat kepada majlis-majlis agama Islam negeri-negeri dan RM370 juta bagi mengurus dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk semua jemaah haji," katanya.
Menurut TH, ini juga membolehkan TH mengekalkan kadar bayaran haji pada RM9,980 berbanding kos sebenar RM22,900 untuk setiap jemaah Muassasah yang menunaikan haji buat kali pertama pada musim haji 1440 Hijrah lepas.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata agihan keuntungan yang diisytiharkan itu adalah lebihan keuntungan pelaburan setelah mengambil kira perbelanjaan dan bantuan kos haji, bayaran zakat dan kos pengurusan.
"Oleh yang demikian pendeposit TH bukan sahaja mendapat manfaat pulangan keuntungan ke atas simpanan mereka, malah turut menyumbang secara langsung dalam membantu jemaah haji Malaysia menunaikan rukun Islam kelima serta golongan asnaf dalam menjaga kebajikan mereka.
"TH membayar zakat bagi pihak pendeposit. Oleh yang demikian, pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterimanya," kata beliau.
Melangkah ke hadapan, TH akan terus berusaha menambah manfaat ke atas simpanan pendeposit setelah peralihan kepada kontrak simpanan Wakalah dengan memperkenalkan pelbagai tambah nilai lain, selain terus memastikan prestasi pelaburan yang mampan.
Agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2019 dikira berdasarkan purata baki simpanan terendah bulanan pendeposit.
Pendeposit boleh mula menyemak pengkreditan agihan keuntungan itu bermula 16 Mac, 2020 di kaunter-kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat atau menerusi ATM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.
Semakan juga boleh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang http://www.thijari.com.my dan portal internet Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank.
Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi Pusat Panggilan Tabung Haji di talian 03-62071919.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 13 2020

Melangkah ke hadapan, TH akan terus berusaha menambah manfaat ke atas simpanan pendeposit setelah peralihan kepada kontrak simpanan Wakalah, selain terus memastikan prestasi pelaburan yang mampan.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

FELCRA umum RM129 juta Keuntungan Boleh Agih Interim 2 Tahun ini
Agihan keuntungan itu akan dibayar secara berperingkat bermula hari ini dan memanfaatkan hampir 68,000 peserta di seluruh negara.

Agihan keuntungan Tabung Haji 2022 diumum awal suku kedua tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.

Tabung Haji sasar agihan keuntungan lebih stabil di masa hadapan
Kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) kekal stabil dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM3.68 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

TH agih untung 3.1 peratus kepada 9 juta pendeposit
Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Tabung Haji umum agihan keuntungan selepas zakat 3.05 peratus
Ia melibatkan bayaran berjumlah RM2.1 bilion iaitu RM1.2 billion lebih tinggi berbanding RM913 juta pada tahun kewangan sebelumnya.