KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) yakin mampu mencatatkan keuntungan yang kompetitif dan berharap dapat membayar hibah atau dividen kepada pendepositnya bagi tahun kewangan 2022 meskipun berdepan tahun mencabar.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, peruntukan aset strategik (SAA) atau profil pelaburan TH sangat serupa dengan Permodalan Nasional Bhd yang mana sebahagian besar pulangan akan bergantung kepada prestasi pasaran saham tempatan dan global.
Berdasarkan kepada SAA bagi 2021 hingga 2023, beliau berkata, TH mengatur strategi untuk mengoptimumkan profil pulangan risikonya bagi menjana pulangan yang kukuh dan stabil dipandu oleh keperluan minat risiko dan liabiliti dengan penilaian risiko yang besar.
"Tumpuan diberikan kepada aset risiko rendah hingga sederhana yang menjana pulangan konsisten, mengoptimumkan portfolio berdasarkan kepada keperluan mudah tunai dan pulangan yang sepadan dengan minat risiko pelabur," katanya semasa program MIDF Conversation yang diadakan secara maya, di sini, hari ini.
Setakat 30 Sept, 2022, kedudukan aset TH terdiri 60.1 peratus atau RM52.79 bilion daripada pendapatan tetap, hartanah (8.7 peratus atau RM7.63 bilion), ekuiti domestik 16.5 peratus (RM14.51 bilion), ekuiti asing 5.1 peratus (RM4.49 bilion), ekuiti swasta 1.1 peratus (RM974 juta) dan pasaran wang 8.5 peratus (RM7.44 bilion)
"Pulangan sasaran kami bagi profil kami adalah 0.5 hingga 1 peratus melebihi kadar deposit tetap Islam. Sasaran kami tidak perlu lebih tinggi berbanding pasaran dan pengurusan dana tipikal atau kelas amanah saham.
"Secara perbandingannya, pendeposit TH mempunyai kelebihan untuk mengeluarkan tunai mereka serta merta dan ia adalah kadar bebas risiko kepada aspek tertentu," katanya.
Amrin menjangkakan 2023 akan terus menjadi tahun mencabar bagi TH dan kumpulan itu sedang merangka strategi dan mengkaji cara untuk merancang sistem pelaburan mengekalkan kesinambungan masa hadapan.
Beliau berkata, pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada pelaburan dan tahap deposit TH.
"Semasa pandemik, orang ramai menemui cara baharu untuk bekerja dan tidak begitu memerlukan pejabat fizikal. Memandangkan TH mempunyai pelaburan besar dalam hartanah, sewa ruang ia adalah suatu yang sangat mencabar. Selain itu, pengeluaran wang juga melonjak semasa pandemik.
"Pengagihan keuntungan akan menjadi satu cabaran pada masa depan kerana kami perlu menarik deposit kerana kami memerlukan wang untuk menjana wang, tetapi kami mempunyai profil risiko tertentu yang perlu kami patuhi dan pada masa yang sama bersaing berbanding pelaburan alternatif lain. Jadi ia adalah satu cabaran bagi kami," katanya.
Mengenai perkembangan lain, dengan kos haji yang meningkat lebih dua kali ganda pada 2022 dan dijangka terus meningkat pada 2023, beliau berkata, cabaran bagi TH adalah menaikkan amaun subsidi yang perlu disediakan kepada jemaah haji.
Amrin berkata, beliau berharap laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu-isu pengurusan dan operasi TH akan dapat diumumkan dengan segera.
"Ini akan menjadi penyelesaian yang baik bagi model perniagaan, strategi pelaburan serta tadbir urus korporat dan amalan terbaik TH," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Menurut Amrin, peruntukan aset strategik atau profil pelaburan TH sangat serupa dengan Permodalan Nasional Bhd yang mana sebahagian besar pulangan akan bergantung kepada prestasi pasaran saham tempatan dan global. - Gambar fail Astro AWANI
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im
Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Karnival PJH tawar pakej haji ekonomi di bawah RM55,000
Karnival PJH yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di sini menawarkan pakej haji ekonomi dengan harga di bawah RM55,000.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Disember 2024.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Bantuan Kewangan Haji 1446H/2025M berjumlah RM261 juta
Dalam masa 25 tahun, jumlah terkumpul Bantuan Kewangan Haji meningkat lebih RM2.8 bilion.