IPOH: Masjid dan Surau Diri Jumaat di Perak berjaya mengutip RM1.04 juta sumbangan untuk disalurkan ke Gaza, Palestin melalui Tabung Bencana dan Kemanusiaan Masjid-Masjid Negeri Perak yang dilancarkan awal Oktober tahun lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, kutipan itu sebagai tanda solidariti dan sokongan umat Islam di Perak terhadap rakyat Palestin yang sedang berdepan serangan tentera zionis.
Menurutnya, sehingga kini sumbangan sudah disalurkan secara berperingkat iaitu RM700,000 kepada Yayasan Al-Quds, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebanyak RM244,641 dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjumlah RM100,000.
"Kutipan ini akan diteruskan dan sesiapa yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian di masjid-masjid dan surau diri Jumaat di kariah masing-masing.
“Kita tidak hentikan selagi mana situasi di Gaza masih berterusan kerana selepas ini akan ada pembangunan pasca peperangan yang memerlukan dana lebih banyak untuk membangunkan balik Gaza.
"Kepada masyarakat yang menyumbang, terima kasih banyak, mudah-mudahan Allah memberi ganjaran yang besar kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan Tabung Bencana dan Kemanusiaan Masjid-Masjid Negeri Perak kepada MAPIM di Masjid Sultan Idris Shah II yang juga Masjid Negeri Perak, di sini, pada Isnin.
Hadir sama pada majlis penyerahan itu ialah Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abdul Farid Salleh.
Dalam perkembangan berkaitan, Harith Fadzilah meminta semua masjid dan surau di negeri ini supaya meneruskan bacaan Qunut Nazilah selepas solat fardu kerana setakat ini JAIPk tidak mengeluarkan pekeliling untuk menhentikannya.
"Kita melihat bahawa doa kita sangat penting untuk memberikan kekuatan dan semangat kepada saudara-saudara kita di Gaza," ujarnya.
Sementara itu, Mohd Azmi berkata, sumbangan yang diberikan oleh masjid-masjid di Perak akan diagihkan melalui pembelian barangan keperluan di Gaza selain pemberian wang tunai kepada penduduk yang terjejas.
Katanya, antara barangan keperluan yang akan diedarkan meliputi makanan, ubat-ubatan serta keperluan untuk kaum wanita.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 23 2024
Harith Fadzilah (dua dari kanan) menyerahkan sebahagian kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin kepada Mohd Azmi. - Gambar Astro AWANI.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kerajaan Thai digesa runding pembebasan warga tempatan
Kerajaan Thailand digesa untuk segera runding pembebasan warga tempatan yang berada dalam tahanan Hamas.
Pemeriksaan telefon bimbit hanya terhadap individu disyaki, bukan secara rambang - KPN
Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
Tabung Kemanusiaan Palestin: Masjid, surau di Perak kutip RM1.04 juta
Sehingga kini sumbangan sudah disalurkan secara berperingkat kepada Yayasan Al-Quds, MAPIM dan JAKIM.
McDonald's Malaysia saman NGO gerak kempen boikot
McDonald's mengesahkan tindakan itu dilaksanakan berdasarkan nasihat undang-undang luar, bagi melindungi hak dan kepentingan syarikat makanan segera itu.
HASiL sumbang RM315,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM315,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam.
Saarani seru rakyat Perak sumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin
Menurutnya, setiap ringgit yang disumbangkan memberi makna yang besar buat mereka yang sedang diuji dengan dugaan yang sangat berat dan dahsyat.
Tabung Kemanusiaan Palestin bagi perkhidmatan awam peringkat JPM dilancar
Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam peringkat Jabatan Perdana Menteri dilancarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.
Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam dilancar
Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam dilancarkan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.