KUALA LIPIS: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba selepas kakinya tersangkut pada rim motosikal di Taman Fah Choon, di sini, pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.54 pagi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS.
"Sejurus tiba di lokasi pada pukul 11.58 pagi, anggota bomba mengesahkan kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki telah tersangkut di roda motosikal.
"Anggota bomba melakukan penugasan menyelamat dan berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut dan diberi rawatan awal oleh anggota unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu malam.
Beliau berkata, tugas mengeluarkan kaki mangsa mengambil masa hampir 30 minit dan kanak-kanak lelaki itu turut mengalami kecederaan di bahagian kakinya itu.
Norfarhiza Mohd Atar
Sat Feb 18 2023

Tugas mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut mengambil masa hampir 30 minit. - Gambar/ JBPM

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tahan sakit gara-gara kaki tersangkut rim motosikal
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba selepas tersangkut pada rim motosikal di Taman Fah Choon, Lipis, pada Sabtu.