KUALA LUMPUR:Kejadian seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang didakwa turut membabitkan selebriti dan pegawai kanan polis, ‘meloloskan’ diri dengan memanjat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengundang pelbagai persoalan dan persepsi masyarakat.
Rata-rata netizen menyifatkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan lelaki yang didakwa suspek utama sindiket pengubahan wang haram itu melarikan diri ketika masih berada dalam kawasan SPRM yang berpagar.
Lelaki berusia 32 tahun itu adalah antara sembilan yang ditahan untuk siasatan dan dia dibebaskan pada Ahad dengan jaminan SPRM sebelum lapan daripada mereka diserah ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berikutan kes diklasifikasi sebagai jenayah bersindiket.
Kejadian pada Ahad itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan kejadian itu, apatah lagi kes Macau Scam yang didalangi warga tempatan dan mengaut keuntungan mudah itu telah menyebabkan ramai mangsa tanpa mengira jenis pekerjaan dan usia kerugian mencecah ribuan serta jutaan ringgit.
Lima hari selepas kejadian, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mendedahkan gambar suspek yang melarikan diri itu dan memberitahu lelaki berkenaan dikehendaki bersabit siasatan tiga kes mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan semalam, menyebut lelaki itu diburu kerana disyaki terlibat dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Walaupun kejadian tahanan melarikan diri daripada pihak berkuasa pernah dilapor sebelum ini, kali ini ia melibatkan kes berprofil tinggi yang turut menyebabkan 730 akaun bank dipercayai akaun sindiket itu bernilai RM80 juta dibekukan.
Selain itu, SPRM turut menyita wang tunai RM5 juta dan 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porshe serta beberapa motosikal berkuasa besar dimiliki ahli sindiket, yang dipercayai hasil kegiatan haram.
Persoalan yang timbul ialah mengapa tidak SPRM terus menyerahkan suspek kepada polis dan kejadian itu dapat dielak sekiranya kedua-dua agensi berkenaan memberi 'perhatian’ kepada kes-kes yang melibatkan tahanan dibebaskan oleh satu pihak dan bakal ditahan oleh pihak berkuasa yang lain.
Apa yang pasti kedua-dua agensi penguat kuasa itu pasti terkesan apabila suspek yang sepatutnya ditahan semula terlepas setelah proses dokumentasi jaminan oleh SPRM selesai.
Rentetan kejadian itu, netizen mula menyuarakan pelbagai pendapat dan teori malah ramai menjadikan kejadian itu sebagai bahan 'lawak’ dan ada yang terang-terang mendakwa kejadian itu dirancang rapi.
Pelbagai ragam dapat dilihat di laman sosial dengan pelbagai ilustrasi proses suspek melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM itu dan tidak kurang juga media tempatan memberi gambaran mengenai perkara tersebut.
Tentunya, insiden ini sedikit sebanyak mencalarkan imej SPRM dan Polis Diraja Malaysia dalam menangani situasi itu terutamanya dalam penyerahan suspek daripada satu agensi ke agensi yang lain bagi siasatan lanjut.
Adakah mungkin perlu diperbaiki prosedur operasi standard dalam proses itu atau apakah bentuk persefahaman yang wajar dikemas kini dalam memastikan insiden sama tidak berulang lagi.
Yang pasti di sebalik kehangatan situasi politik dan kes COVID-19 yang meningkat di negara ini, kejadian tahanan meloloskan diri itu tidak sepatutnya dipinggir dan dilupakan, sebaliknya ia perlu diberi perhatian dan dilihat secara mendalam untuk penambahbaikan bagi mengelakkan daripada berulang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 17 2020

Huzir berkata, suspek diburu kerana disyaki terlibat dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. - Gambar fail
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.
ADMM bincang pemusatan ASEAN - Mohamed Khaled
Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kekal sebagai platform penting untuk mempertahankan dan membincangkan pemusatan ASEAN dalam persekitaran global dan serantau yang semakin berkembang.
Negara BRICS berdepan kemungkinan kenaikan 150 peratus Niaga AWANI
Negara-negara anggota BRICS berpotensi menghadapi kenaikan tarif sehinga 150 peratus daripada Amerika Syarikat. Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran tersebut selepas mendakwa kesatuan itu cuba menghancurkan Dolar.
Kumpulan 20 harus pupuk kerjasama capai sasaran
Berbaki lima tahun lebih sebelum tarikh akhir 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan Ronald Lamola menekankan peranan kumpulan 20 (G20) dalam memupuk kerjasama mencapai sasaran ini.
Indonesia mahu tarik pelabur di World Expo Osaka 2025
Indonesia berhasrat menarik pelaburan dalam industri pembuatan lestari dengan menyertai World Expo 2025 Osaka pada April depan.
Greece beri amaran, impak terhadap import zon Eropah
Greece memberi amaran tarif baharu Amerika Syarikat ke atas import zon Eropah boleh memberi impak yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi di rantau itu.
Kekuatan ekonomi domestik kurangkan kesan konflik perdagangan AS
Penurunan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dijangka menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, namun kekuatan ekonomi domestik mampu menjadi penampan kepada kesan negatif tersebut.
Sektor perikanan pemacu ekonomi di Sabah
Sabah terus memperkukuhkan industri perikanan dengan memberi fokus kepada peningkatan rantaian bekalan perusahaan akuakultur selain pemeliharaan ikan melalui pertanian kontrak yang memberi fokus kepada pasaran eksport.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

COVID-19: Kluster Benteng LD catat empat lagi kes - Dr Noor Hisham
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia melibatkan kes baharu di Lahad Datu.

Permohonan jaminan dua tahanan LTTE didengar 11 Disember
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 Disember ini sebagai tarikh mendengar permohonan jaminan bagi dua tahanan dikaitkan dengan Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Tahanan LTTE rai Deepavali bersama keluarga
Kesemua 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE rai hari kebesaran penganut agama Hindu itu bersama keluarga di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

Tahanan mati selepas tidak sedarkan diri dalam lokap
Hassan Salip, 46, ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3.45 petang oleh anggota polis yang ditugas membawa tahanan itu ke Penjara Tapah.

Satu lagi kes kematian dalam tahanan berlaku semalam - V. Sivakumar
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar, kes terbaru membabitkan seorang lelaki berketurunan Cina berusia 26 tahun.

Kabinet setuju tubuh Mahkamah Koroner tetap - Zahid
Kabinet bersetuju menubuhkan sebuah Mahkamah Koroner tetap dan lokap pusat di setiap negeri bagi menangani kes kematian dalam lokap.

Remaja dijadikan tebusan empat jam oleh tahanan lalui saat cemas
Seorang remaja yang dijadikan tebusan oleh salah seorang tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas melalui detik cemas selama empat jam ketika 'bersama' dengan lelaki itu.

Tiga banduan yang ditahan semula direman 7 hari
Tiga tahanan yang ditahan semula selepas meloloskan diri dari polis Isnin lalu, hari ini ditahan reman tujuh hari.
Polis tahan seorang lagi tahanan, dua masih diburu
Polis Pulau Pinang menahan seorang lagi tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dalam sebuah kafe internet di Berapit, Bukit Mertajam awal Ahad.

Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis
Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis pada malam tadi dan awal pagi ini.