BANDAR BAHARU: "Kami lari kerana semua rakan melarikan diri," demikian alasan diberikan dua tahanan Rohingya yang diberkas sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) di jalan Sungai Rambai, Relau dekat sini, malam tadi.
Dua tahanan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikesan sekitar 9.58 malam selepas bersembunyi kira-kira 18 jam di dalam kebun kelapa sawit, terletak kira-kira 2 Kilometer dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Mereka juga mendakwa tidak terlibat dengan kumpulan yang memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang namun bertindak melarikan diri kerana ketakutan.
Kira-kira 10 anggota pasukan pencari bersama bahagian D7 bekerjasama mengesan dan menahan saki- baki etnik Rohingya di sekitar kawasan depot.
Terdahulu petugas media menerima maklumat terdapat empat tahanan Rohingya melarikan di kawasan bukit berhampiran depot tersebut.
BACA: Tahanan lolos: Imigresen tingkat kawalan, aktifkan sistem amaran
BACA: Tahanan imigresen lolos: 'Penduduk sudah beri amaran jangan lintas lebuh raya'
Bagaimanapun, pencarian kira-kira sejam di kawasan semak dan berbukit itu gagal menemukan tahanan.
Sementara itu, seorang penduduk kampung Mohd Khairudin Othman, 28, mendakwa terserempak dengan empat etnik Rohingya yang meloloskan diri dari pusat tahanan berkenaan.
Mohd Khairudin yang bekerja di sebuah kelab kuda berkata ketika kejadian sekitar 8 malam itu, dia yang sedang melalui jalan di Lintang Relau Indah dekat sini dengan menaiki motosikal, secara tiba-tiba ditahan seorang etnik Rohingya.
Mohd Khairudin berkata sebaik didekati, seorang tahanan mengusap perutnya memberi isyarat sedang kelaparan manakala tiga lagi tahanan menyorok dalam semak.
"Saya bimbang dicederakan mereka dan terus melaporkan perkara itu kepada anggota Imigresen di Depot Tahanan yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi penemuan," katanya.
Mohd Khairudin berharap saki-baki tahanan Rohingya itu dijumpai dengan segera kerana bimbang akan keselamatan diri dan penduduk kampung sekiranya mereka bertindak ganas.
Menerusi tinjauan Bernama setakat pukul 10.30 malam ini, pihak berkuasa masih mengawal ketat kawasan sekitar bukit selain turut dibantu penduduk kampung.
Dalam kejadian awal pagi hari ini, seramai 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya yang merupakan tahanan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, melarikan diri dari depot tersebut.
Daripada 528 yang melarikan diri dari depot yang menempatkan 664 orang tahanan itu, seramai 357 telah dikesan semula termasuk enam yang maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika melintas Lebuh raya PLUS di KM168 menghala selatan, berhampiran kawasan Jawi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Dua tahanan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikesan sekitar 9.58 malam selepas bersembunyi kira-kira 18 jam di dalam kebun kelapa sawit, dua Kilometer dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap. - Gambar/ Bernama
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Tahanan lolos di Bidor: 83 diberkas, 46 masih diburu setakat pagi Selasa
Daripada jumlah itu, 61 orang diberkas pihak polis manakala 22 lagi oleh pihak imigresen.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Tahanan lolos minta makanan, mahu pinjam telefon, wang penduduk
Kehadiran tahanan disedari penduduk apabila mereka mahu pinjam telefon bimbit, makanan selain wang.
Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu
Seramai 10 lagi tahanan yang meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada Khamis, berjaya diberkas semula setakat pukul 5 petang Sabtu.
Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis
Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam ini.
Operasi kesan tahanan lolos di Bidor diteruskan malam ini
Mereka dibahagi kepada dua kumpulan dan laluan agak mencabar dengan keadaan tanah yang becak dan licin serta gelap.
Tahanan penjara lolos ketika dapatkan rawatan di hospital
Seorang tahanan penjara dilaporkan melarikan diri sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), Pulau Pinang pada petang Isnin.
Polis sahkan ada tahanan lolos di lokap IPD Dang Wangi
Polis mengesahkan seorang tahanan telah meloloskan diri dari lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Tahanan lolos dari lokap balai berjaya ditahan semula
Seorang daripada dua suspek warga asing yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah dekat sini Isnin lepas berjaya ditahan semula di sebuah kawasan kolam pancing di Jalan Kuching-Serian, 9 pagi t