GEORGE TOWN: Persatuan Rohingya di Malaysia (RSM) menasihatkan baki tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap pada Rabu lepas supaya segera menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Wakil RSM yang enggan namanya dikenali berkata jika masih bebas, mereka akan terus berada di bawah pengawasan pihak berkuasa.
"Mereka perlu pergi ke balai polis berdekatan atau meminta tolong daripada sesiapa sahaja supaya menghantar mereka semula ke depot. Mereka perlu menyerah diri kerana mereka bukan penjenayah.
"Jika mereka benar-benar pelarian Rohingya, mereka tidak boleh lari ke negara lain dan mustahil bagi mereka untuk sentiasa dalam pelarian," katanya.
Menurut Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad operasi menjejaki 96 tahanan Rohingya diteruskan semalam, dan setakat pukul 6 pagi semalam, 76 lelaki, sembilan wanita, tujuh gadis dan empat kanak-kanak lelaki masih bebas.
Jurucakap RSM berkata kemungkinan tahanan yang masih bebas itu takut untuk kembali ke depot.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata pelarian Rohingya berdepan banyak ungkapan kebencian dan prasangka kerana sering dikaitkan dengan insiden seperti 'Long Tiger' selain isu membabitkan aktivis Rohingya Zafar Ahmad Abdul Ghani pada April 2020.
BACA: MB Kedah anggap tahanan Rohingya lolos tidak ancam keselamatan penduduk
BACA: Tahanan Imigresen lolos: Dua daripada empat dalang utama sudah ditahan - KP Kedah
BACA: Tahanan Imigresen lolos: Pelarian Rohingya dilayan dengan baik - Hamzah
Pada awal pandemik COVID-19, media sosial telah memuat naik dakwaan palsu bahawa Zafar mahu pelarian Rohingya diberi hak sama seperti warga tempatan dari segi pendidikan dan pekerjaan, yang kemudian mencetuskan kemarahan kebanyakan rakyat Malaysia.
"Ini kenyataan yang tidak benar dan kami masih berdepan dengan ungkapan kebencian disebabkan perkara itu," katanya.
RSM yang berpangkalan di Selangor, diasaskan pada 2010 bagi memberi sokongan kepada komuniti tersebut dari segi pendidikan, akses perkhidmatan kesihatan, sokongan psikososial selain berkoordinasi dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Dua etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dan berjaya ditahan polis di Sungai Rembai Relau di Bandar Baharu pada 20 Apr lalu. - Gambar fail/BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Tahanan Imigresen lolos: RSM nasihat tahanan Rohingya yang masih bebas serah diri
Wakil RSM berkata, jika masih bebas, mereka akan terus berada di bawah pengawasan pihak berkuasa.