PASIR MAS: Seorang lelaki orang kena tahan (OKT) yang lolos ketika berada dalam tahanan lokap Mahkamah Pasir Mas pagi tadi, berjaya ditahan semula pada 2.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata OKT tersebut ditangkap di rumah ibu saudaranya di Kampung Kubang Badak, di sini, yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari kompleks mahkamah berkenaan.
"Tangkapan dibuat oleh Pegawai Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Pasir Mas serta anggota Task Force Balai Pasir Mas.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata pada 10.45 pagi tadi anggota Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah menerima panggilan memaklumkan seorang OKT telah melarikan diri.
"Kejadian berlaku pada 10.35 pagi iaitu semasa proses keluar masuk OKT ke dalam lokap mahkamah.
"OKT yang dalam keadaan tidak bergari telah keluar dari sel lokap Mahkamah Majistret dan terus berlari keluar menuju ke pintu hadapan pagar Mahkamah Pasir Mas sebelum menghilangkan diri berdekatan Rumah Dodol Pasir Mas," katanya.
Menurut Kama Azural berikutan insiden itu, Op Tutup telah dijalankan dengan 11 sekatan jalan raya dibuka sepenuhnya pada 11.30 pagi melibatkan semua anggota balai dan bahagian.
Beliau berkata berdasarkan rekod, OKT ditahan pada 25 Jan lepas di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan hasil semakan mendapati OKT juga merupakan orang yang dikehendaki bersabit kes Seksyen 39C(1) akta sama.
"Pada hari ini, OKT tersebut telah dibawa ke Mahkamah Pasir Mas untuk proses pertuduhan di bawah Seksyen 39C(1) ADB 1952, bagaimanapun semasa berada di tahanan lokap mahkamah OKT telah melarikan diri," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Op Tutup telah dijalankan dengan 11 sekatan jalan raya dibuka sepenuhnya pada 11.30 pagi melibatkan semua anggota balai dan bahagian. - Gambar hiasan
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Kematian OKT dalam tahanan: Setiap kes disiasat secara teliti - PDRM
PDRM akan memajukan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi memastikan segala aspek siasatan dilengkapkan.
Sindiket menyamar polis, ugut dan tipu waris banduan tumpas
Kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang suri rumah yang mendakwa kerugian RM100,000 akibat diperdaya sindiket terbabit pada 23 Februari lalu.
OKT maut terjatuh dari tingkat lima mahkamah
Seorang orang kena tuduh (OKT) lelaki ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang pada Isnin.
Tahanan lolos : OKT berjaya diberkas semula di Batu Caves
Seorang OKT (orang kena tahan) yang berusia 34 tahun berjaya diberkas semula pihak polis selepas melarikan diri sejak 7 Disember lalu.