Pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini, disambung reman selama tujuh hari lagi bermula esok.
Jurucakap polis berkata lelaki berusia 20 tahun yang ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa pada Ahad lepas direman selama tujuh hari sebelum ini dan tempoh berkenaan tamat hari ini.
"Polis berjaya mendapatkan perintah sambung reman selama tujuh hari lagi bermula esok hingga 8 Nov ini bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Katanya polis percaya dapat melengkapkan siasatan kes itu dalam tempoh berkenaan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Ketua Unit Perundangan untuk tindakan selanjutnya.
Suspek yang juga teman lelaki mangsa dibawa ke Mahkamah George Town pagi ini dan Pendaftar Mahkamah Rehah Ismail membenarkan polis menyambung reman suspek selama tujuh hari lagi.
Jurucakap polis berkata kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada pukul 7.30 malam.
Pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar itu telah dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad dilaporkan berkata suspek memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.
Bernama
Sun Nov 01 2015

Pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar itu telah dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya. - Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengawal keselamatan kes bunuh pelajar didakwa di mahkamah
Tertuduh, Tarmizi Yaakob, 20, didakwa membunuh mangsa di Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar antara jam 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Oktober lalu.

Tahanan reman lelaki kelar pelajar tingkatan lima disambung tujuh hari
Pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini, disambung reman selama tujuh hari lagi

Ambil iktibar daripada kes bunuh Intan Suraya Mawardi - Rohani
Orang ramai terutama ibu bapa perlu mengambil iktibar susulan kes rogol dan bunuh pelajar Tingkatan Lima, Intan Suraya Mawardi di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada Ahad.

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan sebuah syarikat kawalan keselamatan mengemukakan surat tunjuk sebab berhubung tindakan pengawal keselamatan yang menjadi suspek kejadian di Teluk Kumbar

Pelajar tingkatan lima dirogol sebelum dikelar teman lelaki - Polis
Pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini semalam, telah dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Pelajar tingkatan lima mati dikelar di bilik tidur
Mayat remaja berkenaan, Intan Suraya Mawardi, 17 tahun, dijumpai dengan kesan kelar di leher kira-kira jam 7.30 malam oleh bapanya.