Agensi penguatkuasa digesa mengetatkan lagi aspek penguatkuasaan dan keselamatan jalan raya menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung masing-masing terjamin di samping melancarkan aliran trafik jalan raya.
Untuk mencapai tujuan itu katanya, lebih ramai lagi anggota dan pegawai penguatkuasa akan ditugaskan sepanjang musim perayaan ini seterusnya memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang sedia ada.
Beliau berharap, langkah tersebut akan meningkatkan lagi kesedaran pengguna untuk berhati hati-hati di jalan raya seterusnya mengurangkan kadar kemalangan jiwa yang kebiasaannya meningkat setiap kali tiba musim perayaan.
“Kita nak pastikan mereka perkuatkan lagi penguatkuasaan kerana kita serius.
“Tujuan kita ikhlas untuk selamatkan nyawa dan bukan nak kompaun atau denda. Tapi nak ingatkan mereka supaya jangan pandu laju, jangan langgar peraturan jalan raya, dan pandu dengan selamat dan cermat. Itu nasihat saya,” ujar beliau.
Tambah Tiong Lai, beliau juga yakin menerusi Ops Bersepadu dan Op Selamat yang mula dilancarkan pada hari ini sehingga 23 Februari depan akan lebih berkesan dari tahun-tahun sebelumnya berikutan penglibatan lebih banyak agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sentiasa komited untuk memastikan keselamatan jalan raya terjamin.
Beliau yang juga Presiden MCA berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan PRU14 MCA Bahagian Jasin, pada Jumaat.
Hadir sama, pengerusi MCA bahagian Jasin, Datuk Koh Chin Han dan ADUN Kawasan Bemban, Datuk Ng Choon Koon.
Astro Awani
Fri Feb 09 2018
![Tahun Baru Cina: Perketat penguatkuasaan demi keselamatan di jalan raya Tahun Baru Cina: Perketat penguatkuasaan demi keselamatan di jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61473334201_Trafik.jpg)
Lebih ramai lagi anggota dan pegawai penguatkuasa akan ditugaskan sepanjang musim perayaan ini. - Gambar fail
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
![Keselamatan jalan raya terus jadi isu membimbangkan di seluruh ASEAN - Harman Keselamatan jalan raya terus jadi isu membimbangkan di seluruh ASEAN - Harman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668172811_TRAFIK.jpg)
Keselamatan jalan raya terus jadi isu membimbangkan di seluruh ASEAN - Harman
Harman berkata, rantau Asia Pasifik kerugian kira-kira 3.8 peratus daripada KDNK setiap tahun akibat kemalangan jalan raya.
![Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736850796_TBMMSDA.jpg)
Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan kempen secara berterusan.
![Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan - Penyelidik MIROS Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan - Penyelidik MIROS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735296266_TBKHASJPJ.jpg)
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan - Penyelidik MIROS
Operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
![Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735141849_JPJNegeriPulau.jpg)
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
![Insiden bas Genting: Industri pengangkutan perlu ketatkan langkah keselamatan - Lee Lam Thye Insiden bas Genting: Industri pengangkutan perlu ketatkan langkah keselamatan - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Insiden bas Genting: Industri pengangkutan perlu ketatkan langkah keselamatan - Lee Lam Thye
Industri pengangkutan tempatan digesa mengetatkan langkah keselamatan jalan raya berikutan nahas bas di Genting Highlands hari ini, kata seorang aktivis sosial terkenal Tan Sri Dr Lee Lam Thye.
![Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713241184_TBJPJjpg.jpg)
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
![Aidilfitri: WHO saran langkah keselamatan untuk pengguna jalan raya Aidilfitri: WHO saran langkah keselamatan untuk pengguna jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712754854_FBREAKWHOx.jpg)
Aidilfitri: WHO saran langkah keselamatan untuk pengguna jalan raya
WHO sarankan petua dan nasihat perjalanan penting yang bermatlamat memastikan keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri.
![Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712460465_OpHariRayaAidilfi.jpg)
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
![Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712158422_LokmanJamaan.jpg)
Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan
Sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.
![Balik kampung: Penumpang hadapan jangan jadi batu api kepada pemandu Balik kampung: Penumpang hadapan jangan jadi batu api kepada pemandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707105470_Alirantrafik.jpg)
Balik kampung: Penumpang hadapan jangan jadi batu api kepada pemandu
Peranan penumpang bahagian hadapan juga sama pentingnya untuk memastikan keadaan di dalam kenderaan aman dan tenang supaya emosi dan perhatian pemandu tidak dipengaruhi.