KUALA LUMPUR: Taiwan berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dengan Malaysia melalui penggunaan teknologi dan penyelesaian perubatan pintar dalam memerangi pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Pentadbiran Insurans Kesihatan Nasional (NHIA) Taiwan Dr Lee Po-Chang.
Bercakap dalam webinar bertajuk "Taiwan and Malaysia, Joining Hands in Bringing Greater Health to Life" semalam, Dr Lee berkata negaranya memerangi wabak berkenaan melalui teknologi insurans kesihatan sejagat.
"Kami membina sistem MediCloud untuk membolehkan maklumat perubatan dikongsi antara hospital dan klinik bagi mencegah penyebaran COVID-19.
"Sistem pengesan kontak TOCC (Perjalanan, Pekerjaan, Kontak, dan Kluster) mampu menyediakan petugas kesihatan barisan depan mengenai cara untuk memperoleh dan memahami sejarah kontak penuh pesakit," katanya.
Webinar berkenaan dianjurkan oleh Biro Perdagangan Luar Negeri, Taiwan (R.O.C), Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), dan Pusat Perdagangan Taiwan Kuala Lumpur untuk mempamerkan rawatan perubatan terkini dan teknologi pintar dalam kehidupan.
Pameran secara dalam talian ini disertai sejumlah 11 hospital dan syarikat terkemuka dalam bidang perubatan dari Taiwan antaranya termasuk Hospital Nasional Taiwan University Branch Hsin-Chu, Chang Gung Memorial Hospital, National Cheng Kung University Hospital, Hualien Tzu Chi Hospital, Shin Kong Wu Ho Su Memorial Hospital, Landseed International Hospital, TaiHao Medical, Insight Medical Solutions, Chiun Mai Communication Sistem, Wel-Bloom BioTech, dan Bioteknologi OmQi.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Taiwan Healthcare pada Khamis, sistem kepakaran kesihatan Taiwan termasuk Chang Gung Memorial Hospital, iaitu pakar bagi rawatan barah, telah berkongsi perjalanan rawatan pesakit kanser mereka menggunakan Terapi Proton sekali gus mengujakan para peserta webinar berkenaan.
"Cawangan Hsin-Chu Hospital Universiti Nasional Taiwan, hospital awam paling ikonik di Taiwan, memperkenalkan perkhidmatan teleperubatan imej dinamik mereka yang memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit sebelum menjalani rawatan perubatan di luar negeri, bermula dari penilaian praoperasi hingga ke pemeriksaan susulan selepas operasi.
"Di antara penyelesaian penjagaan kesihatan pintar, Insight Medical Solutions telah mempamerkan InsightEyes EGD mereka, endoskopi magnetik pertama di dunia yang menawarkan pemeriksaan pada masa nyata saluran gastrointestinal (pencernaan) atas.
"Melalui penambahbaikan, prosedurnya mudah, tidak menyakitkan, tidak memerlukan penggunaan anestesia. Syarikat yakin bahawa teknologi itu menawarkan alternatif yang sesuai untuk pesakit yang tidak suka teknik tradisional endoskopi," menurut kenyataan itu.
Selain itu, pernyataan itu mengatakan imbasan ultrabunyi payudara dan mesin imbasan TaiHao Medical Inc. berfungsi seperti pembantu Kecerdasan Buatan (AI) yang membantu doktor menjalankan pemeriksaan payudara yang berkesan untuk mengurangkan kemungkinan salah diagnosis dan tidak dapat mengenal pasti tumor yang berbahaya.
"Prosedur bantuan imbasan ultrabunyi AI ini untuk pemeriksaan tumor payudara membantu dalam mengurangkan risiko kesilapan manusia dan meningkatkan ketepatan semasa ujian dijalankan, dan telah mendapat kebenaran untuk di pasarkan di Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan.
Produk lain yang dikongsikan ialah sistem Penjagaan Kesihatan Fusion Smart yang dibangunkan oleh Chiun Mai Communications Systems Inc. Ia menyediakan penyelesaian menyeluruh berdasarkan pengesanan masa nyata dan komunikasi tanpa wayar, yang sesuai untuk kegunaan hospital dan rumah jagaan, yang membolehkan aliran kerja yang optimum, meningkatkan kecekapan dan perlindungan keselamatan, katanya.
Sesi webinar itu juga mempamerkan pelbagai perkhidmatan OEM makanan kesihatan oleh Wel-Bloom Bio Tech Corporation, dan Sistem Pengurusan Kesihatan Quantum Biotech Cloud oleh OmQi Biotechnology Co Ltd.
"Penyelesaian sedemikian bertujuan untuk membina hubungan kerja dengan rakan sejawat Malaysia bagi membuka jalan ke arah kehidupan yang lebih pintar dan sihat untuk lebih ramai orang," tambahnya.
Untuk mengikuti sesi penuh webinar ini, anda boleh melayari https://youtu.be/6tO5UFOY_wY.
Orang ramai juga dialu-alukan untuk mengunjungi pavilion penjagaan kesihatan "Taiwan Expo in Malaysia 2021 Online" secara dalam talian (https://mys.taiwanexpoasean.com/en/index.html) dari 4 hingga 6 Ogos untuk mengetahui lebih lanjut mengenai industri penjagaan kesihatan di Taiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
Taiwan berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dengan Malaysia melalui penggunaan teknologi dan penyelesaian perubatan pintar dalam memerangi pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan
Menurut data terkini, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.
Gempa bumi di Taiwan cederakan 15 orang - Laporan
Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan.
Taiwan pergiat usaha takai iguana pada 2025
Chiu Kuo-hao berkata, iguana hijau kini direkodkan di seluruh Taiwan selatan dan sejauh utara Taichung.
Taufan Super Kong-rey landa Taiwan, seorang maut dan 73 cedera
Taufan Super Kong-rey melanda Taiwan pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 73 cedera akibat kemalangan yang berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang.
Lelaki buruan dihantar pulang ke Taiwan selepas dihalang masuk Singapura
Salvador Alejandro Llinas Onate, dihalang memasuki Singapura atas alasan dia dikehendaki oleh Interpol.
Lebih 200 penerbangan di Taiwan dibatalkan susulan Taufan Krathon
211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan pada Khamis.
Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan siap sedia hadapi Taufan Krathon
Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan mengenai Taufan Krathon yang dijangka melanda pantai barat daya pada Rabu.
Taufan Krathon: Taiwan batal semua penerbangan domestik pada Rabu
Dengan bahagian luar Taufan Krathon bergerak ke arah utara-timur laut melintasi selatan-barat daya Taiwan, semua penerbangan domestik pada Rabu dibatalkan.
Krathon dinaik taraf kepada taufan, amaran laut dikeluarkan
Ribut Tropika Krathon telah dinaik taraf menjadi taufan oleh Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) pada Ahad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.