Seorang pekerja sebuah restoran yang terletak di Kota Prabumulih, Sumatera Selatan, Indonesia ditahan polis selepas didapati sedang merakam aksi rakan sekerja wanita sedang mandi di tandas restoran tersebut.
Memetik daripada laporan portal Kompas, suspek yang dikenali sebagai HK, 26, telah ditahan pihak polis Prabumulih dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun.
HK mengakui perbuatannya yang merakam secara diam-diam menggunakan kamera video lasak jenis GoPro semasa wanita itu sedang mandi pada pukul 7 pagi di situ.
Berdasarkan kenyataan HK kepada pihak polis, dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap wanita tersebut akan tetapi tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaannya dan disebabkan itu dia nekad untuk curi-curi merakam wanita itu sedang mandi.
“Sebenarnya saya suka pada wanita itu, tetapi tidak berani untuk mengakuinya secara depan-depan kerana abangnya juga bekerja di restoran itu.
“Saya cuma merakam sekali sahaja dan menyimpannya di dalam kad memori,” tambah HK.
Menurut jurucakap polis, Abdur Rahman, penahanan itu dilakukan selepas mangsa sendiri yang melaporkan kepada pihak polis kerana dia mendapati bahawa video dirinya sendiri berada di dalam kad memori HK.
Ini kerana, sebelum ini rakan kepada mangsa pernah meminjam kad memori lelaki tersebut dan memang dapat dilihat bahawa terdapat sebanyak lima buah video mangsa di dalam kad itu.
Ekoran itu, rakan mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan HK, dia segera memberitahu mangsa untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis yang kemudiannya menangkap lelaki itu lalu di tempat kerjanya.
Disebabkan kesalahan itu, HK disabitkan di atas kesalahan Fasal 29 dan Fasal 35 Undang-Undang (44) 2012 kerana terlibat dengan jenayah pornografi dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun. - Agensi
Agensi
Sat Oct 05 2019
Suspek sudah lama menyimpan perasaan terhadap wanita tersebut akan tetapi tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaannya dan disebabkan itu dia nekad untuk curi-curi merakam wanita itu sedang mandi. - Sumber Kompas.com
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
ASEAN 2025: Kompleks Kraf Langkawi bersedia terima kunjungi delegasi
Delegasi ASEAN juga berpeluang membeli-belah pelbagai produk kraf dari seluruh Malaysia yang ditempatkan di bawah satu bumbung di kompleks itu.
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
GoPro akan hentikan 15% pekerja
Dianggarkan, sekitar 139 pekerja akan terkesan atas penjimatan kos. Penstrukturan ini turut dianggarkan akan menelan kos sekitar $5-$7 juta.
GoPro lancar helmet pada 2025, hadir dengan kamera terbina
Ini juga sekali gus membolehkan GoPro memperluaskan produk meliputi pasaran lain dan mengembangkan lagi pendapatan syarikat.
JPJ guna GoPro rakam kesalahan pengguna jalan raya
Sebanyak 128 kamera aksi pengawasan akan digunakan unit penguatkuasaan bermotosikal JPJ bagi mengesan kesalahan dilakukan pengguna jalan raya.
Tourism Malaysia dan GoPro lancar video Dream Malaysia
Dream Malaysia' merupakan kempen yang mengetengahkan tarikan-tarikan ekopelancongan dan pelancongan desa.
Tak berani luah perasaan, lelaki sudahnya dicekup rakam rakan wanita mandi
HK mengakui perbuatannya yang merakam secara diam-diam menggunakan kamera jenis GoPro semasa wanita itu sedang mandi pada pukul 7 pagi.
GoPro lancar kamera rakam realiti maya 'Omni'
GoPro bakal melancarkan kamera merakam video realiti maya terbarunya Isnin ini yang dipanggil GoPro Omni.
GoPro Hero4 Session lebih kecil tetapi sama lasak
Model baru kamera GoPro, Hero4 Session adalah 50% lebih kecil & 40% lebih ringan dengan kualiti rakaman yang sama.
Gambar realiti maya dan dron taruhan terbaru GoPro
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat GoPro mengumumkan hala tuju syarikat kamera itu yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia.
Monyet curi kamera GoPro
Apa akan terjadi jika seekor monyet mencuri kamera GoPro anda?