VATICAN CITY: BERANG apabila permintaannya untuk bertemu Pope Francis ditolak, seorang pelancong Amerika Syarikat bertindak merosakkan dua arca bersejarah yang terdapat di Muzium Chiaramonti, Vatican.
Chiaramonti menempatkan kira-kira 1,000 arca bersejarah, kebanyakannya patung, termasuk potret terkenal Maharaja Rom Augustus.
Bagaimanapun, seorang wakil muzium memberitahu media tempatan bahawa kesemua arca yang dirosakkan, masing-masing berusia sekitar 2,000 tahun, adalah 'hasil karya kecil' dalam koleksi muzium itu.
“Individu yang merosakkan arca itu telah ditahan dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa Itali,” kata satu kenyataan rasmi daripada Vatican.
Tiada siapa tahu apa yang mahu dibualkan dengan Pope, tetapi ramai mempersoalkan kesihatan mental lelaki berusia 50-an itu.
Arca yang rosak itu kini berada di makmal pemuliharaan.
Sejak pelancongan dibuka semula selepas pandemik, jumlah kerosakan pada warisan budaya di bandar itu telah meningkat. Tidak jauh dari lokasi muzium, Spanish Steps, yang diiktiraf UNESCO juga mengalami kerosakan.
Sistem pengawasan video yang rumit mengawasi bandar Vatican, dan kakitangan muzium juga menerima latihan berterusan untuk menangani sebarang isu dengan pelancong.
Namun begitu, ramai yang ragu-ragu sama ada langkah yang diambil mencukupi untuk melindungi pelbagai artifak sejarah, terutama ketika Vatican bersiap sedia untuk menyambut perayaan Jubli Gereja Katolik pada 2025.
Agensi
Fri Oct 07 2022

Chiaramonti menempatkan kira-kira 1,000 arca bersejarah, kebanyakannya patung, termasuk potret terkenal Maharaja Rom Augustus. - museivaticani

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pope Francis tolak guna kereta mewah ketika disambut Presiden Jokowi
Pope Francis rendah diri tolak tinggal di hotel lima bintang dan tidak mahu kawalan keselamatan terlalu ketat untuk menyantuni semua agama.

Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukannya.

Pope Francis tiba di Indonesia sempena dialog antara agama
Pope Francis, pemimpin Gereja Katolik dan Kota Vatican, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Indonesia pada Selasa.

Perang Palestin-Israel: Penyelesaian dua negara diperlukan - Pope Francis
Kembali kepada Perjanjian Oslo untuk menentukan kedudukan Palestin dan Israel, cadang Pope Francis.

Pope 'jijik' dengan tindakan bakar al-Quran di Sweden
Pope Francis mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara.

Zelenskyy adakan pertemuan dengan Pope, pemimpin Itali
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu mengadakan perbincangan dengan Pope Francis di Rom dan bertemu beberapa pemimpin Itali sempena lawatan beliau ke Itali.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Lupakan ego, pemimpin terbesar gereja Katolik cium kaki pemimpin Sudan Selatan
Dalam pertemuan itu, Pope Francis memohon agar kedua-dua pemimpin berkenaan mengembalikan keamanan di negara Afrika itu.

Biarawati disimpan sebagai hamba seks oleh paderi
Pope Francis mengaku buat pertama kali bahawa wujudnya skandal biarawati didera secara seksual oleh para pendeta di Gereja Katolik.

Vatican, Al-Azhar tandatangan dokumen banteras ekstremisme
Vatican dan Masjid Al-Azhar pada Isnin menandatangani sebuah dokumen bagi membanteras kegiatan militan dan ekstremisme.