DUNGUN: Gara-gara tidak memahami latihan yang diajar, seorang murid Tahun Tiga terpaksa menanggung kesakitan kerana cedera pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul ibu tirinya dalam kejadian pada Sabtu lalu.
Keadaan mangsa disedari oleh seorang guru lelaki kira-kira jam 8 pagi pada Isnin lalu selepas murid berkenaan mengadu sakit pada bahagian belakang badan ketika perhimpunan di sekolah.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebaik diperiksa oleh seorang guru wanita, mereka terkejut kerana mendapati terdapat kesan lebam teruk dan luka pada beberapa bahagian badan murid berkenaan sebelum membuat laporan polis.
"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat 11 kesan pukulan, lebam dan luka pada badan mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek.
"Selain itu terdapat juga kesan lebam pada bahagian lengan tangan kanan dan kiri serta kesan lebam di kedua-dua paha," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Baharuddin memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa dipukul menggunakan rotan dalam bilik solat di sebuah rumah akibat gagal memahami latihan yang diajar suspek yang juga ibu tirinya.
Katanya, mangsa juga mengakui pernah dipukul menggunakan rotan tetapi tidak seteruk pada hari kejadian.
Baharuddin berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik hasil perkahwinan bapa mangsa dan arwah ibunya.
"Mangsa mempunyai seorang kakak berusia 15 tahun dan merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.
"Kejadian berlaku terhadap mangsa telah dilihat oleh kakaknya sementara ayah mangsa keluar bekerja sebagai pembantu kedai hardware (perkakasan)," katanya.
Susulan itu, Baharuddin berkata, polis menahan suspek berusia 30 tahun yang merupakan suri rumah kira-kira jam 3.30 petang pada hari yang sama.
Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah dan telah direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Dungun bermula Selasa hingga Jumaat.
"Kita telah mengeluarkan Borang Pol 59 (polis) telah kepada mangsa untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Dungun.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 13 2023

Keadaan mangsa disedari oleh seorang guru lelaki kira-kira jam 8 pagi pada Isnin lalu selepas murid berkenaan mengadu sakit pada bahagian belakang badan ketika perhimpunan di sekolah. - Gambar/ Sinar Harian

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun

Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.

Netizen marah anak lelaki Krisdayanti pilih ibu tiri
Anak lelaki Krisdayanti, Azriel menerima kritikan selepas membuat pengakuan dirinya lebih memilih ibu tiri iaitu Ashanty berbanding ibu kandungnya.

Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri
Gara-gara tidak memahami latihan yang diajar, seorang murid Tahun Tiga terpaksa menanggung kesakitan kerana cedera pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul ibu tirinya.

JKM, polis selamatkan kanak-kanak perempuan didera ibu tiri
Pengarah JKM Negeri Sembilan Rosnah Sardi berkata mangsa kini sedang dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja'afar.

Ibu tiri ditahan kes dera kanak-kanak perempuan lapan tahun
Polis menahan seorang wanita berusia 26 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun sehingga mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.

Ibu tiri, bapa dihadapkan ke mahkamah kerana dera, bunuh kanak-kanak
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim pada Rabu atas pertuduhan membunuh anak tirinya yang berusia dua tahun di Padang Serai dekat sini, tahun lalu.

Suami isteri direman bunuh anak tiga tahun
Cubaan menipu mendakwa kematian anak lelaki berusia tiga tahun akibat jatuh katil tidak berhasil apabila sepasang suami isteri ditangkap semalam.

39 peratus kes dera dilakukan ibu kandung
Statistik diperoleh daripada 25,868 panggilan yang diterima menerusi Talian Kasih 15999 sepanjang tahun lepas.

'Walaupun dia rockers, dia tak sambut Hari Ibu & Hari Bapa' - Lepas muat naik posting ni, Nabila Huda 'balas' mak tiri!
Alamak! Dah berperang pula.