TINDAKAN seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam melalui persembahannya di pentas sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di ibu kota baru-baru ini mengundang kecaman ramai, termasuk kalangan pelawak negara.
Pelawak popular Harith Iskander berkata, tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan "tidak melucukan."
Malah, ia bukan persembahan komedi berdiri (stand up comedy), menurutnya sepertimana dilaporkan portal Gempak.
"Wanita ini bukannya pelawak.
"Apa yang dipersembahkan juga bukan persembahan komedi berdiri. Iya betul, ia dipersembahkan di sebuah kelab komedi yang terbuka.
"Dia boleh sahaja ke restoran dan mendakwa dirinya sebagai chef. Kemudiannya, memuat naik video masakannya sambil memuji dirinya pandai memasak.
"Mungkin sebab tindakannya itu, orang boleh cakap dia chef tak bagus dan disenarai hitam. Tak semua chef bodoh.
"Hanya satu atau dua sahaja begitu. Situasi sama juga dengan tindakannya di kelab komedi berkenaan," kata Harith menerusi rakaman video di Instagram (IG).
Stand up comedy perlu bijak
Harith berkata, sepanjang 32 tahun melakukan persembahan komedi berdiri secara profesional, kandungan jenaka yang dipersembahkan perlulah bijak.
"Persembahan dicipta untuk buat orang ketawa. Pelawak akan bercerita dengan cara tersendiri dan penonton akan tergelak.
"Kandungan atau topik persembahan boleh menyuntik situasi semasa dan pelbagai sudut berbeza.
"Penonton gelak sebab pelawak menghasilkan komedi yang boleh membuatkan mereka terkejut. Tugasan ini perlu ada kebijaksanaan dalam menampilkan lawak jenaka yang bijak.
"Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok wanita ini sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan," katanya.
Open mic
Harith turut mengulas persoalan ramai mengenai kenapa kelab komedi berkenaan membenarkan wanita itu membuat persembahan.
"Ia 'open mic comedy night' yang juga acara terbuka dengan memberi peluang kepada sesiapa nak jadi pelawak.
"Jika ada 1,000 orang menyertainya termasuk wanita ini, 999 tidak mental sepertinya. Wanita ini mahu lakukan kejutan, sekali gus mengundang perhatian ramai.
"Kebanyakan pelawak di Malaysia bijak. Jadi, jangan pukul rata apa dilakukannya dengan apa yang pelawak sedia ada lakukan.
"Wanita ini perlu bantuan. Harap 'ubat' boleh digunakan untuk menonton persembahan komedi berdiri atau tak payah tengok langsung.
"Setiap orang ada cita rasa. Ada persembahan tidak lawak, tetapi bertukar menyinggung perasaan.
"Saya sendiri menghakimi kerjaya ini dengan niat nak berlawak atau buat orang tersinggung.
"Wanita ini memang menyinggung sensitiviti orang dengan kejutan dilakukan," katanya.
Pandangan sama turut disuarakan pelawak Shahrol Shiro.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Shahrol di laman Instagramnya, dia menjelaskan tindakan wanita itu sudah melampaui batas sebagai seorang yang beragama Islam, lapor Gempak.
“Nak buat komedi pun ada garisan dan batasnya. Lepasi garisan tersebut adalah menghina dan kamu telah menghina dengan menggunakan konten agama Islam.
“Ini betul-betul sudah melampau!! Mohon siasatan terhadap penganjur ‘CrackHouse Comedy Club’ dan stand up comedian yang terlibat dan tindakan tegas harus dilakukan,” tulis Shahrol pada kapsyen.
Sementara itu, seorang pendakwah bebas Iddin Ramli turut berkongsi satu klip pendek yang dimuat naik pada platform yang sama dan menegaskan agama Islam tidak hina, sebaliknya wanita itu yang kelihatan hina.
“Apa motif dia buat macam tu?
“Meskipun dia cuba menghina agama, namun islam yang mulia ini tidak akan sesekali jadi hina. Tapi yang akan nampak hina adalah wanita itu.
“Dia cakap dia hafaz 15 juzuk Al-Quran, bukan jaminan dia untuk masuk syurga dan bukan jaminan dia lebih memahami agama berbanding kita.
“Hidayah ini milik Allah, Allah boleh beri dan boleh ambil bila-bila masa sahaja,” katanya.
Terdahulu, tular sepotong klip memaparkan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri sebagai seorang beragama Islam dan menghafaz 15 juzuk al-Quran sambil melondehkan pakaian dan menanggalkan hijab.
Tindakan wanita terbabit mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet ketika umat Islam sedang meraikan sambutan Aidiladha.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menjalankan siasatan berhubung video yang tular dipercayai menghina Islam oleh wanita berkenaan.
BACA: Polis tahan wanita hina Islam di kelab, reman tiga hari
Sementara itu, pemilik kelab komedi, Crackhouse Comedy Club dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita yang dianggap menghina agama Islam.
BACA: Operasi kelab komedi di TTDI digantung sementara
Crackhouse Comedy Club juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan melarang wanita berkenaan memasuki premis kelab komedi berkenaan. -Gempak
Astro Awani
Mon Jul 11 2022
Harith Iskander berkata tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan "tidak melucukan." -Gempak
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Teman lelaki wanita disyaki hina Islam ditahan
Teman lelaki kepada wanita yang disyaki menghina Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam.
'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam
Tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan "tidak melucukan."
Polis buka kertas siasatan wanita hina Islam di kelab
Polis telah membuka kertas siasatan susulan tindakan seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam yang tular menerusi aplikasi laman sosial TikTok.