AHLI perniagaan Asyraf Khalid akhirnya tampil membuat penjelasan panjang lebar mengenai tuduhan terhadap diri dan isterinya Tya Ariffin yang didakwa bersikap kurang adab dan berlagak alim oleh seorang pengguna media sosial.
Asyraf yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan semua dakwaan itu dan menganggap ia tuduhan yang tidak berasas.
"Hari ni saya dapat banyak panggilan dari media berkenaan satu tweet daripada this anonymous account yang mendakwa saya rude terhadap staf hotel seluruh Malaysia.
"Dia juga dakwa saya ni propa dan acah-acah baik di social media.
"Pertama sekali, bagi saya ini adalah tuduhan yang tak berasas. Kita berada dalam dunia business, jadi kita pun tak boleh nak jangka apa tuduhan yang tak berasas dari pesaing atau sesiapa.
"Ke mana-mana saya pergi, saya cuba sebaik mungkin untuk baik dengan semua orang. Tak pernah lagi sekali pun orang nak ambil gambar atau ajak sembang saya tak layan.
"In fact, siapa yang kenal saya, tahu saya memang suka sembang dan saya layan setiap golongan masyarakat dengan hormat," jelasnya.
Asyraf menjelaskan perkara berkenaan dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Tambah Asyraf, dia juga manusia biasa, jadi mungkin ada hari dia tiada dalam emosi yang baik.
"Saya bukanlah maksum, mungkin ada pernah saya terkasar bahasa, tapi bagi saya, it's normal. Some days, we have good days; some days, not so good.
"Saya pun masih normal, tak mungkin saya akan marah kalau tak ada apa-apa sebab," katanya.
Walau bagaimanapun, Asyraf meminta maaf kepada sesiapa yang pernah terguris hati dengan perilakunya tanpa dia sedar.
"Jadi kalau saya pernah terkurang ajar, atau terkasar bahasa dengan sesiapa sahaja, saya minta maaf.
"Saya pun tak seronok bila benda macam ni keluar kerana itu akan mewujudkan persepsi buruk terhadap saya.
"Kalau ada yang pernah terjumpa saya, korang boleh menilai sendiri macam mana saya yang sebenar.
"Jangan segan nak tegur saya, insya-Allah saya akan layan semua orang baik-baik," ujarnya.
Kelmarin, tiada angin tiada ribut, nama Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin tiba-tiba disebut netizen sebagai pasangan suami isteri yang kurang adab.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh seorang pengguna Twitter, Asyraf dan isterinya didakwa sering 'propa' dan berlagak alim, bertentangan dengan sikap mereka yang sebenar. -Gempak
Gempak
Wed Jul 05 2023

Asyraf tampil membuat penjelasan panjang lebar mengenai tuduhan terhadap diri dan isterinya Tya Ariffin yang didakwa bersikap kurang adab dan berlagak alim oleh seorang pengguna media sosial. -Gempak

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Tya Arifin selamat bersalin anak ketiga, beri nama Aghnia Amira Jiwa
Kongsi menantu kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu lagi, bayi perempuan seberat 3.6kg itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 11.11 malam.

Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.

'Tak mungkin saya marah kalau tak ada...' - Asyraf Khalid jawab tuduhan rude dengan pekerja hotel
Tambah Asyraf, dia juga manusia biasa, jadi mungkin ada hari dia tiada dalam emosi yang baik.

Dituduh kurang beradab dengan pekerja hotel, Asyraf Khalid jawab dakwaan
Tiada angin tiada ribut, nama Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin tiba-tiba disebut netizen sebagai pasangan suami isteri yang kurang adab.

Siti Nurhaliza beli kondominium mewah di Dubai
Pelantun lagu Cindai itu sempat berkongsi gambar rumah baharunya itu menerusi Instagram Story (IG Story) hari ini, namun tidak memberi maklumat lanjut.

Isu dedah wajah adik, Asyraf Khalid dan Tya Ariffin mohon maaf
"Bukan salah Mak Iti, bukan salah siapa-siapa, salah itu datang pada kami. Kami dengan ikhlas hati ingin memohon maaf."

Empayar perniagaan Asyraf, Tya Ariffin kini berdiri megah
Asyraf, Tya Ariffin bertatih dari bawah untuk menuju puncak perniagaan.

Bertahun bina empayar, Asyraf Khalid kongsi di sebalik jatuh bangun dunia niaga
Menurut pengusaha jamu Mutyara Beauty itu, dia sentiasa dilontarkan dengan tanggapan negatif sesetengah pihak kononnya hanya bernasib baik kerana pengaruh bapanya.

'Sorry about that! Arif is a little boy' - Anak dituduh pembuli, Asyraf Khalid mohon maaf
Asyraf meminta kepada individu tersebut supaya menyampaikan permohonan maafnya kepada saudaranya yang terlibat.

"Arif akan menjadi abang" - Tya Arifin hamil anak kedua
Semoga segalanya dipermudahkan...