NILAI dolar Amerika Syarikat (AS) adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi ekonomi global.
Bagaimanapun, terdapat beberapa alasan yang memerlukan ASEAN melihat alternatif selain nilai dolar AS.
Ini tiga alasan utama yang dikongsikan Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sufian Jusoh ketika ditemu bual Niaga AWANI:
1. Tidak tertakluk kepada isu-isu domestik Amerika Syarikat
Keadaan nilai dolar AS ditentukan oleh isu-isu domestik dan spekulasi yang berlaku di negara itu. Ia tidak ada kena mengena dengan negara lain seperti Malaysia. Ini termasuk keadaan politik, keputusan fiskal dan sebagainya. Oleh itu, ASEAN perlukan alternatif yang lebih stabil dan tidak bergantung kepada isu-isu domestik AS.
2. Keadaan pasaran kewangan dunia tidak menentu
Keadaan pasaran kewangan dunia yang tidak menentu dapat memberi kesan kepada nilai mata wang secara global. Ini termasuk nilai mata wang di Asia Tenggara, termasuklah ringgit Malaysia. Keadaan dolar AS yang tidak stabil boleh memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa termasuk import-eksport barangan dan perkhidmatan.
3. Alternatif berkesan untuk anggota ASEAN+3
Negara-negara Asia Tenggara adalah sebahagian daripada Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Ia adalah blok dagangan terbesar dunia, termasuk ASEAN+3 iaitu China, Jepun, dan Korea Selatan. Blok ini mempunyai potensi yang besar untuk membangunkan ekonominya dan mengambil peranan yang lebih besar dalam pasaran global. Oleh itu, alternatif kepada dolar AS boleh memberikan kekuatan kepada ASEAN+3 untuk mengemudi hala tuju ekonomi mereka sendiri.
Berikut pula adalah dua isu utama yang perlu diperhalusi dalam mempertimbangkan alternatif kepada nilai dolar AS:
1. Nilai Pendasar
Pertimbangkan jenis aset yang akan digunakan sebagai nilai pendasar dalam perdagangan mata wang serantau seperti Hak Pengeluaran Khas (SDR) atau nilai semasa emas. Ia disebabkan ASEAN +3 mempunyai pelbagai mata wang.
2. Pengurusan
Fikirkan siapa yang akan mengurus serta membuat keputusan mengenai penilaian nilai pendasar yang dapat memberikan kestabilan dalam perdagangan mata wang serantau.
Kedua-dua isu ini perlu difikirkan dengan teliti untuk memastikan keputusan yang dibuat Ketua-Ketua ASEAN dapat dilaksanakan dengan lancar serta dapat mengatasi isu ketidaktentuan dalam mata wang dengan kadar segera.
Kesimpulannya, penting untuk ASEAN melihat alternatif mata wang yang lebih stabil dan tidak bergantung nilai dolar AS.
Justeru, menurut Sufian, pasaran kewangan dunia dan perdagangan antarabangsa dapat berjalan dengan lebih baik dan memberi manfaat kepada anggota ASEAN+3.
Nabilah Khaleeda
Fri May 12 2023
![Tak nak guna dolar? Ini alternatif yang boleh dilakukan ASEAN Tak nak guna dolar? Ini alternatif yang boleh dilakukan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651036319_Dollar.jpg)
Penting untuk ASEAN melihat alternatif mata wang yang lebih stabil dan tidak bergantung nilai dolar AS semata-mata. -Gambar fail/Reuters
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia gagal catat kemajuan dalam Indeks Persepsi Rasuah
Dengan skor 50 mata, Malaysia berada di tangga ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2024, kekal di posisi sama seperti 2023. Apa faktor negara gagal mencatat kemajuan dan bagaimana kita memastikan situasi bertambah baik bergerak ke hadapan? Ikuti temu bual bersama Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan.
![Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262284_TembakSetiaAlam.jpg)
Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.
![Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739262166_HinaAgong.jpg)
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728377712_TBTokMat.jpg)
Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Ringgit dijangka cecah 4.11 berbanding dolar AS menjelang akhir 2023 - Kenanga Ringgit dijangka cecah 4.11 berbanding dolar AS menjelang akhir 2023 - Kenanga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678505219_duitringgit.jpg)
Ringgit dijangka cecah 4.11 berbanding dolar AS menjelang akhir 2023 - Kenanga
Kenanga Research mengunjurkan ringgit diniagakan pada paras 4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini daripada paras lebih 4.40 pada masa ini.
![Harga minyak merosot ekoran kebimbangan ke atas permintaan Harga minyak merosot ekoran kebimbangan ke atas permintaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585586_OilGasIndustry.jpg)
Harga minyak merosot ekoran kebimbangan ke atas permintaan
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent didagangkan pada AS$82.16 setong pada 09.24 pagi waktu tempatan.
![Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602317805_money.jpg)
Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM
Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612786704_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0405/0445 ketika ditutup pada urus niaga Khamis.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612786704_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan peningkatan harga minyak mentah dan penurunan mata wang AS.
![Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602317805_money.jpg)
Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.
![Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/61445589494_EkonomiBUDGET.jpg)
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan
Mata wang tempatan diniagakan tinggi 120 mata asas (bps) kepada 4.0430/0480 berbanding dolar AS.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41606396755_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak mentah dan kelemahan dolar AS.
![Ringgit mengukuh pada dagangan pertama 2021 Ringgit mengukuh pada dagangan pertama 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603457654_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit mengukuh pada dagangan pertama 2021
Pada 6 petang Isnin, Ringgit meningkat kepada 4.0040/4.0090 berbanding Dolar Amerika.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602317805_money.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini yang menunjukkan bukti kukuh bahawa ia memberikan panduan kepada prestasi untuk tahun ini.