PELAKON Azhan Rani meluahkan rasa terkilan apabila drama Khunsa menjadi mangsa cetak rompak.
Azhan menerusi akaun Instagramnya telah menegur sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang tanpa rasa malu menonton hasil karya penggiat seni secara haram menerusi aplikasi Telegram.
“Kalau tengok dekat Telegram tolonglah jangan bagitau kami. Siaran di Telegram ini cetak rompak, siaran tanpa izin.
“Penggambaran kami untuk hasilkan Khunsa tak mudah. Dari November tahun lepas sampai hari ini pun masih tak selesai lagi,” luahnya.
Usaha penggiat seni umpama tidak dipandang serius
Dalam pada itu, Azhan juga merasakan usaha dan penat lelah penggiat seni menghasilkan karya terbaik seolah-olah tidak dipandang serius.
“Macam-macam cabaran dan rintangan yang kalau diceritakan pun bukan orang nak kisah pun. Beritahu kami anda tonton di Telegram hanya melukakan hati dan perasaan kami.
“Usaha dan penat lelah kami sangat tak berbaloi. Ya, anda tak rasa sebab bukan usaha dan kerja anda pun yang dirompak.
“Tapi jika ada kesedaran dan kemanusiaan cubalah fikirkan jika dibalikkan pada diri sendiri suatu hari nanti. Maaf saya tegur,” tulisnya.
Untuk info, cetak rompak digital adalah tindakan memuat turun, menggunakan, menstrim atau mengedarkan bahan hak cipta dan harta intelek tanpa kebenaran atau bayaran bagi kandungan tersebut.
Cetak rompak digital adalah satu bentuk kecurian dan ini termasuk penstriman kandungan yang tidak dibenarkan seperti filem, muzik, buku dan permainan melalui laman web cetak rompak atau ISD.
Sebarang bentuk cetak rompak, termasuk cetak rompak digital adalah jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang.
Sinopsis Khunsa:
Khunsa mengisahkan kehidupan Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki.
Namun, Che Khun membesar dan cenderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah dan sering memarahinya.
Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk.
Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menentukan jantinanya secara membabi buta.
Khunsa dilakonkan oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Farah Ahmad, Nadia Aqilah dan ramai lagi.
Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu mula ditayangkan pada 11 Mac 2024 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan On Demand. -Gempak
Gempak
Sat Mar 30 2024
!['Tak rasa sebab bukan usaha anda...' - Azhan Rani terkilan Khunsa jadi mangsa cetak rompak 'Tak rasa sebab bukan usaha anda...' - Azhan Rani terkilan Khunsa jadi mangsa cetak rompak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711773478_khunsa.jpg)
Azhan berasakan usaha dan penat lelah penggiat seni menghasilkan karya terbaik seolah-olah tidak dipandang serius. -Gempak
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga - KPN Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734604066_IGPRazarudinGISB.jpg)
Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga - KPN
Polis mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas mereka berkahwin di negara jiran pada September lalu.
![Telegram dapat lesen penyedia media sosial - Fahmi Fadzil Telegram dapat lesen penyedia media sosial - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734087040_FahmiFadzil.jpg)
Telegram dapat lesen penyedia media sosial - Fahmi Fadzil
Kelulusan itu menjadikan ia penyedia ketiga yang diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi, selepas TikTok dan WeChat.
![Inisiatif berani diperlukan pulih hubungan AS-China, kata pakar Inisiatif berani diperlukan pulih hubungan AS-China, kata pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732787570_TBUSChina.jpg)
Inisiatif berani diperlukan pulih hubungan AS-China, kata pakar
Inisiatif berani dan berfikiran ke hadapan diperlukan untuk memulihkan hubungan Amerika Syarikat (AS)-China.
![Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan luaran fizikal, teknikal Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan luaran fizikal, teknikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735205672_TBplanecrash.jpg)
Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan luaran fizikal, teknikal
Azerbaijan Airlines pada Jumaat mengumumkan bahawa keputusan awal siasatan menunjukkan "gangguan luaran fizikal dan teknikal" menjadi punca nahas pesawat Embraer 190 miliknya di Kazakhstan pada Rabu l
![Telegram, WeChat mula proses pelesenan, MCMC puji usaha tingkat keselamatan siber Telegram, WeChat mula proses pelesenan, MCMC puji usaha tingkat keselamatan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735197578_TBMCMCLogo.jpg)
Telegram, WeChat mula proses pelesenan, MCMC puji usaha tingkat keselamatan siber
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
![Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731127298_TBAzliMohdNoor.jpg)
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
![Telegram halang lebih 15 juta saluran dengan kandungan berbahaya sepanjang 2024 Telegram halang lebih 15 juta saluran dengan kandungan berbahaya sepanjang 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660013600_Telegram.jpg)
Telegram halang lebih 15 juta saluran dengan kandungan berbahaya sepanjang 2024
Telegram Menghalang Lebih 15 Juta Saluran Dengan Kandungan Berbahaya Sepanjang 2024
![Pelesenan media sosial: Telegram akhirnya beri respon positif Pelesenan media sosial: Telegram akhirnya beri respon positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733317235_tbFahmiFadzil.jpg)
Pelesenan media sosial: Telegram akhirnya beri respon positif
Telegram akhirnya memberi maklum balas positif berhubung pelaksanaan pelesenan media sosial yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
![Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733199499_TBscam.jpg)
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
![SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722490754_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.