KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta orang ramai tidak cepat menuduh atau beranggapan pusat zakat tidak memainkan peranan sepatutnya.
Dalam beberapa kemas kini di Twitter, beliau menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial semata-mata.
"Di Wilayah Persekutuan, 25,000 asnaf terima bantuan zakat bulanan. Ada 30 skim tersedia. Dilaporkan di medsos (media sosial).
"Kemudian, ada yang berkata 'kalau tak viral di Twitter, entahlah dapat bantuan ke tak'.
"Log out dan lihat sekeliling. Dunia luar lebih luas. Tidak hanya di media sosial," tulis beliau.
Menggunakan tanda pagar #KamiAda, beliau turut menjelaskan situasi pada bulan Januari 2021 di Wilayah Persekutuan, di mana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan RM11.08 juta dana zakat bagi program membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Ini MAIWP sahaja untuk Januari 2021. Belum campur lagi agensi-agensi lain di bawah saya.
"Esok saya akan umum jumlah penuh," katanya.
Beliau juga menafikan agensi agama dan pusat zakat tidak aktif di media sosial, sebaliknya meminta orang ramai merujuk Facebook Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP dan Baitulmal MAIWP, serta media sosial agensi pengurusan zakat negeri bagi mengetahui maklumat berkaitan.
"Saya sarankan ikuti media sosial FB PPZ MAIWP dan Baitulmal MAIWP. Ikuti juga media sosial agensi mengurus zakat negeri-negeri lain.
"Untuk bantuan selain zakat, rujuk YaPEIM, YADIM dan lain-lain. Di situ, boleh kita maklum sama ada jarang atau tidak dikemas kini atau sebaliknya," ujarnya lagi.
Madiha Abdullah
Thu Feb 04 2021

Dr Zulkifli menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial sahaja. - Foto/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.

PRU15: Tiga nasihat Dr Zulkifli untuk parti politik
Semua pihak terbabit diminta supaya memperbaharui niat ketika memasuki kempen PRU akan datang.

Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku
Zulkifli berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di Youtube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.

Kebenaran solat jemaah: Imarahkan masjid dengan pematuhan SOP - Zulkifli
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan berhubung had jemaah mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan" - Zulkifli
Kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Sadam yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli
Pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus, kerana ia merupakan keperluan ketika ini.

Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial sahaja.

Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Zulkifli berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kaedah PdPR.

COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam dalam negara, adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia.

Seludup daging: Penubuhan RCI langkah terbaik - Zulkifli
Usaha dan hasrat yang murni ini dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.