Biarpun lebih selesa dengan imej rambut panjang, pelakon Luqman Hafidz tidak keberatan untuk menukar penampilannya itu jika diperlukan.
Bintang OlaBola Musical itu terbuka jika ada permintaan supaya dia memotong rambut untuk memenuhi kehendak watak yang ditawarkan.
"Saya tidaklah merancang untuk kekal dengan imej rambut panjang selama-lamanya. Satu hari nanti tentu akan ada watak yang memerlukan saya berambut pendek.
"Apapun, ia bergantung kepada situasi juga. Macam sekarang, belum boleh potong rambut kerana watak Ali yang saya bawakan dalam OlaBola Musical adalah seorang yang berambut panjang," katanya sambil memberitahu kalangan peminatnya juga lebih gemar dia kekal dengan imej sedemikian.
BACA: OlaBola Musical 2 inspirasi buat PM, isteri - Tiara
Luqman bagaimanapun tidak pernah berhadapan dengan situasi tidak menyenangkan dengan mana-mana pengarah atau produksi kerana imej tersebut.
"Memang ada pengarah yang nak bagi penampilan baharu dengan rambut pendek, tapi saya akan berbincang baik-baik dengan mereka.
"Selalunya mereka cuma risau nampak messy, itu sahaja," kata Luqman ketika ditemui pada malam Avant Premiere OlaBola Musical di Istana Budaya, pada Ahad.
BACA: OlaBola Musical: Jangan tunggu nak datang saat akhir - Tiara Jacquelina
Kali ketiga membawa watak Ali, Luqman mengakui karakter itu sudah sebati dengan dirinya, malah menganggap jenama OlaBola sebagai 'rumahnya'.
"Walaupun sudah masuk kali ketiga, tetapi rasa teruja itu masih sama. Tetapi cabarannya semakin lama semakin besar.
"Demi OlaBola Musical, saya tolak satu tawaran filem dan satu drama. Agak ralat juga kerana produksi itu baik dengan saya. Awalnya saya cuba juga cari jalan untuk buat dua-dua, tetapi memang tak boleh kerana komitmen untuk teater sangat tinggi.
"Berlakon teater beri kepuasan tersendiri kerana ia salah satu cara untuk saya menambah baik mutu lakonan," tambahnya.
BACA: 'OlaBola Musical' hampir setaraf 'Hamilton The Musical' - Anwar Ibrahim
Selain Luqman, OlaBola Musical arahan Puan Sri Tiara Jacquelina turut dibintangi Brian Chan, Iedil Putra, Abimanyu Masilamani dan ramai lagi.
Ia sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 3 Mac depan.
Madiha Abdullah
Wed Feb 20 2019

Luqman terbuka jika ada permintaan supaya dia memotong rambut demi memenuhi kehendak watak.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Drama Jepun 'Shogun' cipta sejarah, rangkul 18 trofi di Anugerah Emmy ke-76
Shogun turut memenangi Siri Drama Terbaik dalam anugerah itu, juga siri drama bukan Bahasa Inggeris pertama memenangi kategori berkenaan.

Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.

Plot twist macam K-drama! Ramai resah tunggu episod akhir One Cent Thief
Mungkin ramai tidak menyangka watak Kadak lakonan Amerul Affendi yang kononnya selama ini membantu Iman rupanya pengkhianat!

'Imperialisme' punca New Zealand tamatkan program Shakespeare di sekolah
Program itu dikatakan gagal menunjukkan kaitan dengan "konteks seni kontemporari" dan tertumpu pada genre "berkaitan imperialisme."

Penggiat seni dipelawa buat penggambaran di Perak
Jika filem Pasir Salak-King of The River diteruskan, ia sudah tentu menjadi satu lagi berita baik untuk sektor pelancongan di negeri ini.

Yadim bantah, kesal penularan klip babak 'panas'
Soal tanggungjawab terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui setiap karya seni perlu menjadi perhitungan utama.

Bahasa Turki antara pilihan rakyat Malaysia untuk dimahiri
Nur Afifah Nasir menggambarkan bahasa itu sebagai bahasa cinta, kuno dan klasik moden.

Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN
Syarikat produksi mesti melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran di negeri Fasa Dua PPN.

Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.

PKP: Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan, pawagam tidak dibenarkan - Finas
Aktiviti itu dibenarkan dengan jumlah kru minimum tanpa penonton, selain perlu membuat permohonan SPP Khas dan tertakluk kepada SOP Industri Kreatif.