PASIR PUTEH: Taktik penyeludup yang membuat isian diesel di beberapa buah stesen minyak di daerah yang jauh dari sempadan negara dengan tujuan mengaburi pihak berkuasa gagal apabila berjaya dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam Ops Tiris.
Kejadian itu dikesan pada jam 3 pagi pada Rabu di sebuah stesen minyak di Jalan Selising di sini dipercayai untuk dibawa ke pangkalan haram sebelum diseleweng ke Thailand.
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya telah menyita anggaran 425 liter minyak diesel bersama sebuah kenderaan jenis Proton Waja berpendaftaran tempatan.
"Risikan awal mendapati beberapa orang suspek dengan kenderaan masing-masing sedang membuat pembelian pengisian disyaki ke dalam tong-tong jeriken dan tangki ubah suai secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Putih.
"Walau bagaimanapun suspek menyedari kehadiran kami semasa serbuan dilakukan dan telah bergegas melarikan diri serta meninggalkan sebuah kenderaan bersama tong-tong jeriken," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM967.50 dan sebuah kenderaan dengan nilai rampasan sebanyak RM10,000.
Ujarnya, kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Azman memberitahu, turut diambil tindakan kes terhadap stesen minyak dan akan disiasat bersama pemilik sama ada bersubahat atau sebaliknya dengan penyeludup tersebut bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Kami memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.
"Dalam masa yang sama, juga kami sentiasa mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Pemantauan Rondaan Pencegahan Penyelewengan Subsidi dan Ops Tiris di stesen-stesen minyak sekitar sempadan negara dari masa ke masa," katanya.
Sinar Harian
Wed Nov 08 2023
![Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699438824_diesel.jpg)
Azman berkata, pihaknya telah menyita anggaran 425 liter minyak diesel bersama sebuah kenderaan jenis Proton Waja berpendaftaran tempatan. - Gambar Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733722480_kpdnselewengdies.jpg)
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
![Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715388567_TBseleweng.jpg)
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
![Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705481142_TBARIFFINSAMSUDIN.jpg)
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
![Bekas kapten kapal didakwa seleweng 61,000 liter minyak diesel Bekas kapten kapal didakwa seleweng 61,000 liter minyak diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704789792_AzliMohdNoor.jpg)
Bekas kapten kapal didakwa seleweng 61,000 liter minyak diesel
Seorang bekas kapten kapal mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyeleweng 61,000 liter minyak diesel melibatkan kerugian RM97,600.
![KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700305529_TBOPERASIDIESEL.jpg)
KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD
KPDN Negeri Sembilan merampas 41,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM59,400 dalam serbuan di dua premis berasingan di Port Dickson.
![Pengarah syarikat, dua pekerja didakwa seleweng lebih 30,000 liter diesel Pengarah syarikat, dua pekerja didakwa seleweng lebih 30,000 liter diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700124533_TBselewengjpg.jpg)
Pengarah syarikat, dua pekerja didakwa seleweng lebih 30,000 liter diesel
Seorang pengarah syarikat serta dua pekerja kapal tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyeleweng lebih 30,000 liter minyak diesel, Jumaat lepas.
![Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699438824_diesel.jpg)
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
![Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter diesel subsidi Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695788828_seleweng.jpg)
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter diesel subsidi
Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi pada Selasa.
![Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692002726_LokeMeiChan.jpg)
Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit.